Permohonan Rumah Transit Belia Johor (RTBJ) Online

Powered by WP Review

Permohonan Rumah Transit Belia Johor (RTBJ) Secara Online. Program Rumah Transit Belia Johor (RTBJ) telah diperkenalkan oleh YAB Menteri Besar Johor pada 23 November 2017 menerusi Ucapan Bajet tahun 2018. Program tersebut dilaksanakan melalui kerjasama dengan Jabatan Perumahan Negara di bawah Program Rumah Transit 1Malaysia (RT1M) dan bertujuan untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah serta berkelayakan di kawasan bandar dan memberi kemudahan perumahan secara sementara kepada belia berumur 18 hingga 30 yang sudah berkahwin.

Permohonan Rumah Transit Belia Johor (RTBJ) Online

Permohonan Rumah Transit Belia Johor (RTBJ) Online

Projek perintis program ini melibatkan sebanyak 390 unit di PPR Melana Indah Fasa 1 dengan kadar sewa bulanan serendah RM250 bagi tempoh sewaan selama tiga (3) tahun.

Sila layari laman web http://erumah.johor.gov.my/untuk membuat permohonan dan daftar akaun anda sekarang.

Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Transit Belia Johor

Hanya dengan bayaran sewa sebanyak RM250 sebulan, golongan belia yang layak dapat menduduki Rumah Transit Belia Johor yang dilancarkan hari ini di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana, Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Md. Jais Sarday berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Transit Belia Johor di sini hari ini.

Sebanyak 390 unit di PPR Sungai Melana akan dijadikan sebagai projek Rumah Transit Belia Johor yang pertama di negeri ini, katanya.

“Ini adalah inisiatif baharu untuk golongan belia yang sudah berkahwin berumur 18 hingga 30 tahun dengan pendapatan seisi rumah dibawah RM5000 sebulan dan sudah menetap di Johor lebih dari 10 tahun.

Mereka boleh tinggal (sewa) di Rumah Transit Belia Johor ini selama tiga tahun sahaja dan selepas tamat tempoh tersebut, mereka kena mencari rumah sendiri samada beli atau sewa,” jelasnya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Rumah Transit Belia Johor di sini.

Projek perintis ini yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor menerusi Ucapan Bajet Johor 2018 yang lalu, diperkenalkan melalui kerjasama dengan Jabatan Perumahan Negara dibawah Program Rumah Transit 1Malaysia untuk memberi kemudahan perumahan sementara kepada belia yang sudah berkahwin sehingga mereka mampu membeli rumah sendiri yang lebih baik dan selesa.

Lokasi Rumah Transit Belia Johor

Dalam pada itu, Md. Jais berkata, sebanyak lapan buah PPR telah dibina di negeri Johor iaitu enam di Johor Bahru; PPR Tebrau, PPR Sri Stulang, PPR Pasir Pelangi, PPR Tampoi, PPR Plentong dan PPR Sungai Melana serta PPR Yong Peng di Batu Pahat dan PPR Batu Anam di Segamat.

“Keseluruhan lapan PPR ini boleh memberi peluang kepada 8,278 keluarga yang layak dan kurang kemampuan untuk disewa dan diduduki,” jelasnya lagi kepada pemberita.

Pada tahun ini juga, sebanyak empat buah lagi PPR akan siap dibina di Johor Bahru iaitu PPR Uda Utama, PPR Taman Perling, PPR Taman Pelangi Indah dan PPR Sungai Melana Fasa 2 yang boleh menempatkan seramai 2,917 keluarga lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Setiausaha Bahagian Perumahan Johor, Mohd Radzi Mohd Amin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Perumahan Negara, Suhaimi Syawal dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Adib Azhari Daud.

– MRR

Search terms: