Permohonan Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1M) 2018

Powered by WP Review

Permohonan Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1M) 2018 adalah skim tambahan berasaskan untuk dana atau biasiswa yang akan memberi manfaat kepada pelajar Malaysia. Ianya direka sebagai bantuan kewangan tambahan untuk pelajar yang layak untuk melanjutkan pelajaran untuk Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana di universiti dalam negara.

Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1M)

Permohonan Skim Prihatin Pendidikan 1 Malaysia (SPP1M) 2018

Maybank dengan kerjasama Yayasan Peneraju menawarkan pakej pembiayaan pendidikan SPP1M.

Tarikh Tutup Permohonan : (akan dikemaskini)

Klik di sini untuk melihat senarai keseluruhan program pengajian yang ditawarkan di IPTA/IPTS.

Kelayakan Permohonan

  • Warganegara Malaysia, berusia 18 tahun hingga 35 tahun.
  • Pelajar di semester kedua dan seterusnya dengan CGPA 3.00 dan ke atas.
  • Pelajar sepenuh masa.
  • Universiti dan program / kursus yang diluluskan oleh Yayasan Peneraju.
  • Yuran pengajian semester sebelumnya telah dibayar sepenuhnya.

Cara Membuat Permohonan

Memuat turun borang permohonan bagi Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia 2017 di pautan yang disediakan dibawah.

Borang Pengesahan Status Pelajar & SPP1M Senarai Semak.

  • Menghantar borang permohonan dan salinan yang diperakui benar dokumen sokongan (seperti senarai semak SPP1M) ke cawangan Maybank yang terdekat.
  • Pemohon akan dimaklumkan oleh pihak Bank dalam tempoh 2.5 bulan dari tarikh permohonan diterima.

Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa dan prosedur permohonan sila layari Laman web Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia di sini