Kadar Kelulusan Pinjaman Perumahan Cecah 73.8 Peratus

Powered by WP Review

Kadar kelulusan pinjaman perumahan oleh bank-bank Malaysia berada pada 73.8 peratus dalam tahun lepas, kata Persatuan Bank-bank Malaysia (ABM). Kadar itu meliputi pin.jaman perumahan yang telah diluluskan bank dan diterima oleh pemohon, termasuk yang telah lulus tetapi kemudian dibatalkan.

pinjaman perumahan

“Bank-bank biasanya tidak merangkumkan permohonan dengan dokumen-dokumen yang tidak lengkap ketika mengira kadar kelulusan/penolakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kadar Kelulusan Pinjaman Perumahan Cecah 73.8 Peratus

Kenyataan itu telah dikeluarkan bagi menjelaskan komen terkini mengenai perbezaan statistik membabitkan kadar penolakan pinjaman perumahan antara bank dan pemaju, yang sememangnya dijangka, memandangkan pendekatan perangkaan yang berbeza yang digunakan oleh setiap industri.

Menurut ABM, peminjam akan mempunyai peluang kejayaan jika permohonan tersebut mengambil kira kelayakan berdasarkan pendapatan sedia ada, perbelanjaan dan komitmen bayaran balik pinjaman lain.

Katanya, pemohon juga dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan dan perlu membuktikan bahawa mereka berupaya untuk membuat pembayaran balik bulanan.

“Peraturan umumnya menyebut, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan lain-lain komitmen hutang seperti sewa beli pembiayaan, tidak boleh melebihi 40 peratus kepada jumlah pendapatan kasar,” katanya.

Kadar Kelulusan Pinjaman Perumahan Cecah 73.8 Peratus

Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peluang kejayaan yang tinggi ialah  rekod kredit yang baik, serta maklumat yang lengkap dan tepat berhubung dengan kedudukan kewangan pemohon apabila memohon pinjaman rumah.

ABM berkata walaupun wujud pelbagai produk pinjaman rumah yang disediakan di pasaran, pelanggan perlu mengenal pasti kelebihan pinjaman yang berguna untuk mereka sebelum memilih produk pinjaman perumahan. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih