Punca Gagal BR1M 2018 Kerana Daftar SSM & Rayuan Semula

Powered by WP Review

Punca Gagal BR1M 2018 Kerana Daftar SSM & Rayuan Semula. Punca gagal masuk dan terima BR1M 2018 kerana telah daftar SSM dan cara rayuan semula permohonan. Majoriti pemohon yang pernah menerima BRIM sebelum ini kecewa kerana gagal menerima BR1M kali ke 2018 hanya kerana mereka telah mendaftar perniagaan dengan SSM. Khususnya kepada golongan peniaga,  mekanisme baharu ini tidak adil kerana ia melibatkan semua peniaga online atau usahawan secara kecil-kecilan yang mempunyai pendapatan bulanan yang tidak tetap atau menentu. Kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme tersebut kerana tidak semua individu yang mendaftar dengan SSM mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Punca Gagal BR1M 2018 Kerana Daftar SSM & Rayuan Semula

Menerusi pengumuman terkini LHDN, pemohon yang gagal BRIM hanya kerana mendaftar SSM, anda boleh mengemukakan rayuan di LHDN dengan mengemukakan penyata pendapatan anda mulai 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018.

Cara Membuat Semakan BR1M 2018

Terdapat beberapa kaedah untuk mengetahui status permohonan BR1M anda:

  1. Semakan status BR1M secara online

    Ini merupakan cara yang paling senang. Semakan status permohonan BRIM secara online boleh dibuat menerusi tab “MyBR1M” di laman rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), iaitu di pautan:

    https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k

  2. Makluman keputusan permohonan BR1M secara pos

    Notis atau surat makluman lulus atau gagal permohonan BR1M akan diposkan kepada pemohon. Jika berjaya surat itu juga juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat majlis penyerahan baucar BR1M (bagi yang tiada akaun bank).

  3. Makluman keputusan permohonan BR1M melalui email

    Makluman keputusan BR1M juga boleh dibuat menerusi emel (dengan menggunakan alamat e-mel yang didaftarkan semasa permohonan).

  4. Semakan status BR1M melalui telefon

    Pemohon juga boleh menyemak status BRIM dengan menelefon nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566 atau nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

  5. Semakan menggunakan aplikasi mobile BR1M

    Aplikasi boleh dimuat turun di Google Play Store (untuk platform Android) dan App Store (untuk platform iOS).

  6. Hadir sendiri ke Cawangan LHDNM / PKH LHDNM / UTC LHDNM

Bagi yang telah lulus dan ingin mengetahui bila anda akan dapat duit BRIM 2018, sila rujuk Jadual Pembayaran BR1M 2018. Duit BR1M lazimnya dibank-in terus ke dalam akaun atau diagih dalam bentuk baucar.

Rayuan BR1M

Rayuan BR1M 2018

Berikut adalah maklumat terkini Rayuan BR1M 2018:

  • Permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat di semua Cawangan LHDNM termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat mulai 2 April 2018 sehingga 31 Mei 2018 (tertakluk pada pindaan). Sila layari pautan ini untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus BR1M dan dokumen sokongan yang perlu dibawa semasa mengemukakan rayuan.
  • Pemohon juga boleh menghantar permohonan rayuan secara pos ke alamat Peti Surat BR1M, GPO Shah Alam bersama dokumen sokongan yang berkaitan.
  • Bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu, permohonan Rayuan BR1M 2018 boleh dibuat secara online. Sila layari pautan ini untuk senarai status tidak lulus yang dibenarkan rayuan secara atas talian. Permohonan Rayuan BR1M 2018 secara online boleh dibuat mulai 13 April 2018.
  • Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada: br1m@treasury.gov.my.

Punca Gagal BR1M 2018 Kerana Daftar SSM & Rayuan Semula

Search terms: