Resepi Sambal Sotong Petai Menu Ramadhan

Powered by WP Review

Resepi Sambal Sotong Petai Menu Ramadhan. Bulan Ramadan bakal menjelma tak berapa lama lagi, mestinya ramai kaum ibu pening utk menyediakan menu untuk juadah berbuka puasa. Seperti yang kita tahu , sambal petai memang sangat sedap inikan lagi bila dimasak bersama sotong kan ? Hidangan ini sangat mudah untuk dimasak , hanya mengambil masa dalam 30 minit sahaja. Sila rujuk di bawah untuk lihat Resepi Sambal Sotong Petai dan cara menyediakan.

resepi sambal sotong

Resepi Sambal Sotong Petai Menu Ramadhan

Bahan-bahan:

  • Sotong setengah kilo
  • Petai ikut suka banyak mana
  • Cili kering 20 tangkai (ikut suka) – ditumbuk
  • Bawang merah 8 biji (ditumbuk)
  • Bawang putih 47 ulas (ditumbuk)
  • Sos tiram 1 sudu kecil
  • Gula 3 sudu besar
  • Garam secukupnya
  • Penambah rasa secukupnya
  • Minyak

Baca Resepi Sambal Hijau Mudah Dan Sedap

Cara-cara membuat Resepi Sambal Sotong:

  1. Panaskan minyak didalam kuali kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk sampai naik aroma.
  2. Sos tiram, gula,garam,kemudian kacaulah sehingga rata dan biarkan masak sampai kering sedikit.
  3. Masukkan Sotong dan biarkan sampai Sotong masak yang pasti jangan lupa kacau.
  4. Bila Kuah dah pekat masukkan petai dan masak sampai siap.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

P/s : Resepi Sambal Sotong Dan Petai sangat sedap jika dimasak daripada bahan yang segar.Selain itu , petai jangan di masak terlalu lama nanti dia jadi lembik.

Resepi Sambal Sotong Petai Menu Ramadhan.