SAYU !! Pelajar ‘Stroke’ Rayu Bantuan

Powered by WP Review
SAYU !! Pelajar ‘Stroke’ Rayu Bantuan

SAYU !! Pelajar ‘Stroke’ Rayu Bantuan – KUALA NERUS – Seorang pelajar, Muhammad Mazlan, 11, kini terlantar sakit dan sebahagian anggota kiri badannya lemah akibat penyakit ‘stroke’ (angin ahmar) pada 2 Februari lalu, merayu bantuan dari orang ramai. Ibunya, Puan Wan Nafisah berkata anaknya itu, pada awalnya disyaki deman panas, sakit kepala yang teruk berterusan dalam beberapa hari.

Oleh itu, Muhammad telah membawa beliau ke Klinik 1Malaysia di Kampung Batin dan hanya dibekalkan ubat panadol sahaja oleh pihak klinik.

SAYU !! Pelajar ‘Stroke’ Rayu Bantuan

Namun menurutnya, setelah keadaan semakin tidak teruk, Muhammad telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan didapati berlaku pendarahan dikepalanya.

Ketika itu, kata Wan Nafisah, dihak doktor pakar di HSNZ telah mengesahkan pendarahan itu berlaku akibat deman panas yang dihidapi hingga membawa kepada penyakit sawan.

Malah, tempurung kepala Muhammad terpaksa dibuang sementara waktu ini dan beliau tidak sedarkan diri selama 13 hari berada di wad ICU HSNZ Kuala Terengganu.

Kini, kata beliau, setelah dua bulan berlalu keadaan Muhammad yang terlantar itu semakin pulih tetapi sering kali merenget dan menangis kesakitan bila berlaku kekejangan urat sarafnya.

Muhammad yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir hanya diberikan minum susu sahaja sebagai pemakanannya untuk terus hidup.

Ibunya berkata, setiap hari Muhammad memerlukan satu tin susu formula jenama Ensure Fos 40 gram yang berharga RM40.00 dan memerlukan 30 tin sebulan.

“Kami pun bukan dari keluarga yang senang, kos satu tin susu jenama Ensure Fos 40 gram ini berharga RM40.00 dan RM80.70 untuk yang 80 gram.

“Tapi, apa nak buat kami terima ini sebagai takdir Allah. Kita kena terima dengan sabar dan mengharapkan pertolongan Allah SWT,” ujar Puan Wan Nafisah.

Hari ini tidak ada lagi gelak ketawanya dan hilang seri keriangan anak bongsu itu dari keluarga Wan Nafisah dan suaminnya, Mazlan Abdullah, 55, sejak dua bulan lalu.

SAYU !! Pelajar ‘Stroke’ Rayu Bantuan

Muhammad adalah bekas pelajar Pasti Ulu Takir merupakan anak bongsu dari tiga adik-beradik serta mempunyai seorang kakak dan abang.

Tambah menyedihkan, Muhammad tidak mendapat sebarang bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Maidam (Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu).

Sehubungan itu, orang ramai yang prihatin diseru menguhulurkan sumbangan kepadada Muhammad.

Mana-mana pihak yang ingin menyumbang sila hubungi Encik Mazlan ditalian 012-9543024 atau 09-6663024 atau melalui akaun Tabung Haji, Puan Wan Nafisah No. 120901000055269 dan Adam bin Mazlan, No. 11995-41-00018122-1 (Bank Simpanan Nasional).

Oleh : KAM