Semak Biodata Khairul Hafiz Jantan ‘Speedy Jantan’

Powered by WP Review

Semak Biodata Khairul Hafiz Jantan ‘Speedy Jantan’. Inilah yang dinamakan anak jantan. Betul-betul jantan apabila dilepaskan di lapangan. Sepantas kilat dan meluncur laju ke garisan penamat. Khairul Hafiz Jantan. Beliau telah berjaya mengangkat nama bumi Melaka apabila negeri tersebut terus melahirkan pelapis kepada barisan pelari pecut negara Malaysia.

Biodata Khairul Hafiz Jantan

Semak Biodata Khairul Hafiz Jantan ‘Speedy Jantan’

Yang mengejutkan rekod Malaysia Watson Nyambek dari Sarawak yang telah bertahan 18 tahun lamanya telah berjaya dipecahkan oleh Khairul Hafiz Jantan dalam acara 100m semasa berlangsung olahraga Sukma Sarawak 2016.

Tahniah Berita Semasa ucapkan kepada anda. Umur masih muda remaja. Masih banyak yang boleh digilap lagi dan dicapai pada masa akan datang. Tidak mustahil bakal menjadi jaguh Asia suatu masa kelak.

Biodata Khairul Hafiz Jantan

Nama Penuh : Khairul Hafiz bin Jantan
Tarikh lahir : 22 Julai 1998
Negeri Kelahiran : Melaka
Alamat rumah : akan dikemaskini
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Agama : Agama Islam
Nama teman wanita aka makwe : Tidak diketahui

Nama bapa : Jantan
Nama ibu : Akan dikemaskini

Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussain Bukit Katil Melaka
Sekolah Menengah :

  1. SMK Bukit Baru Melaka
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota Melaka – sekolah sukan
  3. Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor Bahru

Pencapaian Terbaik :

  1. Pemegang rekod Malaysia bagi 100 m (10.18 saat)
  2. Pemegang rekod kejohanan Sukma Malaysia pada edisi 2016 bagi 4x100m
  3. Pingat emas Sukma Sarawak 2016 bagi 100m
  4. Pingat emas Sukma Sarawak 2016 bagi 4x100m

___________________________________________________________

Penantian 14 Tahun Berakhir, ‘Speedy Jantan’ Menang Emas 100 Meter Sukan Sea 2017 – Semalam, Khairul Hafiz Jantan yang digelar ‘Speedy Jantan’ telah membanggakan Malaysia apabila berjaya memenangi pingat emas dalam acara 100 meter(L). Beliau berjaya membuktikan dirinya manusia terpantas di Asia Tenggara selepas berjaya mengalahkan juara bertahan Eric Cray dari Filipina.

Kemenangan ini menjadi bualan hangat netizen yang rata-rata puji dan bangga dengan pencapaian Khairul Hafiz Jantan. Memang terbaik!

Penantian 14 Tahun Berakhir, ‘Speedy Jantan’ Menang Emas 100 Meter Sukan Sea 2017

Larian Kemenangan

Khairul Hafiz berjaya melepasi garisan penamat dengan masa 10.38s sekaligus mengalahkan Eric Cray dari Filipina yang terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mencatat masa 10.43s. Manakala, Kritsada Namsuwun dari Thailand juga mencatat masa 10.43s untuk gangsa. Rakan sepasukan Khairul Hafiz, Jonathan Nyepa dari Sarawak menduduki tangga kelima pada 10.66s.

Pelari pecut itu juga telah memegang rekod individu terbaik pada Sukan Sea semalam apabila berjaya memecah rekod acara 200m lelaki kebangsaan.

Terima kasih rakyat Malaysia

 

TERIMA kasih kepada semua rakyat Malaysia, jurulatih (Mohd Poad Md Kassim). Saya gembira sangat, tak tahu nak cakap apa dan ini hadiah untuk ayah, keluarga dan semua rakyat Malaysia

Saya rasa gementar namun bersyukur mampu dapatkan pingat emas. Alhamdulillah janji saya kepada jurulatih dan semua penyokong untuk mendapatkan pingat emas, terhasil. Kejayaan ini amat istimewa kerana ini penyertaan pertama saya di Sukan SEA dan berjaya mendapat pingat emas.

Khairul Hafiz berjaya menamatkan kemarau pingat emas 14 tahun apabila berjaya menjuarai acara riben biru. Beliau turut meminta semua rakyat Malaysia mendoakan kejayaannya dalam acara 200m dan 4×100 bersama rakan pasukan selepas ini.

Semak Biodata Khairul Hafiz Jantan