Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS [Terkini]

Powered by WP Review

Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS [Terkini]. Semakan Maklumat Pusat Mengundi Bagi PRU Ke-14 Bermula Pada 16 April 2018 (Isnin). 9 Mei 2018 (Rabu) ialah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) manakala hari penamaan calon pula adalah pada 28 April 2018 (Sabtu). Tarikh 5 Mei 2018 (Sabtu) ialah hari pengundian awal dan tempoh berkempen untuk PRU-14 kali ini adalah selama 11 hari. Sebanyak 14,940, 624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 kali ini berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017.

Semakan Daftar Pemilih

Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS [Terkini]

9 Mei 2018 ialah hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi PRU-14 bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Sila Klik :

Semakan daftar pemilih SPR PRU14. Pengundi berdaftar boleh menyemak daftar pemilih untuk mengesahkan lokasi tempat mengundi serta maklumat lain daftar undi secara online atau melalui SMS. Tidak perlu tunggu dekat pilihan raya baru nak semak, kerana semakan daftar pemilih boleh dilakukan sepanjang tahun, bila-bila masa.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menyediakan satu laman web yang membolehkan anda menyemak daftar pemilih yang telah disahkan secara atas talian. Cara membuat semakan adalah seperti berikut:

⦿ Semakan Daftar Pemilih Individu

semakan daftar pemilih

        1. Layari laman web Semakan Daftar Pemilih SPR di alamat:

          https://pengundi.spr.gov.my/

        2. Masukkan nombor kad pengenalan pengundi berdaftar ke dalam kotak yang disediakan.
        3. Masukkan captcha, kemudian klik butang “Semak”.

Di antara maklumat yang dipaparkan dalam keputusan semakan ialah nama, tarikh lahir, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dewan Undangan Negeri (DUN), Parlimen dan negeri pemilih.

⦿ Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah

Untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak, anda boleh melawat laman web Sistem Semakan Pemilih Isi Rumah di pautan:

https://pengundi.spr.gov.my//isirumah2/semakandm_baru2.asp

Semak Daftar Pemilih Melalui SMS

Langkah-langkah membuat semakan daftar pemilih melalui perkhidmatan SMS menggunakan telefon bimbit adalah seperti berikut:

semakan daftar pemilih SMS

      1. Taipkan mesej:

        SPR<jarak>[No. Kad Pengenalan]

        Contoh: SPR   871114035243

      2. Hantarkan SMS ke 15888

Atau:

      1. Taipkan mesej:

        SPR<jarak>SEMAK<jarak>[No. Kad Pengenalan]

        Contoh: SPR  SEMAK  871114035243

      2. Hantarkan SMS ke 15888

Anda akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk setiap penerimaan mesej.

Semoga panduan cara membuat semakan daftar pemilih di atas berguna buat para pengundi terutama sekali mereka yang akan membuang undi buat kali pertama. Selamat mengundi!

Search terms: