Semakan Daftar Pemilih Secara Online dan SMS

Powered by WP Review

Semakan Daftar Pemilih Secara Online dan SMS – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan pelbagai kaedah kepada semua rakyat Malaysia yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi bagi membolehkan seseorang itu dapat mengundi pada hari pilihan raya. Memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU14) dijangka tidak berapa lama lagi, marilah kita semak daftar pemilih secara online. Berikut merupakan keterangan semakan daftar pemilih.

Semakan Daftar Pemilih Secara Online dan SMS

SYARAT ATAU KELAYAKAN DAFTAR PEMILIH

  1. Berumur tidak kurang dari 21 Tahun pada hari mengundi.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Telah bermastautin di tempat atau kawasan mengundi (Dewan Undangan Negeri dan Kawasan Parlimen).
  4. Tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang daripada melayakkan daftar pemilih.
  5. Pendaftaran dilakukan selewat-lewatnya enam (6) bulan sebelum hari mengundi.

CARA MEMBUAT SEMAKAN DAFTAR PEMILIH MELALUI ONLINE

  1. Klik Pautan Pantas: Suruhanjaya Pilihan Raya
  2. Masukkan nombor kad pengenalan anda. Pastikan nombor kad pengenalan diisi penuh dan bersambung tanpa “space” atau “-“. Anda akan mendapat pamer skrin sperti di bawah:

Semakan Daftar Pemilih

CARA SEMAKAN DAFTAR PEMILIH MELALUI SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS)

  1. Taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>No.IC(Contoh:920525125098) kemudian hantar ke 15888

CARA SEMAKAN DAFTAR PEMILIH ISI RUMAH MELALUI ONLINE

SPR juga telah menyediakan perkhidmatan semakan daftar pemilih secara online dengan isi rumah. Semakan boleh dilakukan dengan mengikut penghuni sesebuah rumah sekali gus. Anda boleh terus ke pautan ini:

 Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah

Kemudian anda akan melihat paparan seperti berikut:

Semakan Daftar Pemilih

Ikuti arahan yang diberikan. Masukkan nombor kad pengenalan setiap penghuni rumah yang telah mendaftar tanpa meletakkan “space” atau tanda “-“. Sekiranya ada di antara ahli keluarga anda anggota keselamatan, pastikan nombor kad pengenalan dimulakan dengan huruf G,I,RF,RFT,RFS,T atau J. Kemudian masukkan aksara captcha dan tekan SEMAK.

Sekiranya anda salah seorang yang belum mendaftar sebagai pemilih, pastikan anda membuat pendaftaran melalui kaedah yang telah disediakan. Ini adalah antara cari panduan daftar yang telah disediakan oleh SPR.

SPR dan badan yang menjadi wakil biasanya akan membuka kaunter daftar pengundi di kawasan bandar dan perkampungan. Namun adalah lebih baik anda sendiri ke pejabat SPR untuk membuat pendaftaran. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ke kaunter SPR, dan mengisi borang daftar pemilih. Kad pengenalan akan diserahkan kepada petugas SPR dan borang juga akan diisi oleh petugas tersebut. Setelah ia selesai diisi, pastikan maklumat yang diisi adalah sama seperti dalam kad pengenalan. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diisi dalam borang, turunkan tandatangan kemudian minta bantuan kepada staf yang bertugas untuk membuat salinan borang yang anda tanda tangan itu tadi.


BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA BERADA DI LUAR NEGARA?

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara tetap diberikan platform pendaftaran. Antaranya anda boleh ke kedutaan atau konsulat Malaysia dan berjumpa dengan pegawai yang dilantik oleh SPR untuk membuat permohonan daftar pemilih. Serahkan kad pengenalan kepada petugas yang dilantik untuk mengisi borang anda. Setelah petugas itu selesai anda boleh baca dan teliti maklumat yang telah diisi. Setelah berpuas hati dengan maklumat dalam borang anda boleh lah turunkan tanda tangan. Kemudian dapatkan salinan borang tersebut sebagi bukti yang boleh disimpan.

TEMPAT UNTUK MENDAFTAR

  1. Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya
  2. Pejabat POS
  3. Wakil yang telah dilantik seperti NGO
  4. Wakil-wakil jabatan
  5. Wakil parti politik
  6. Pasukan outreach SPR