Semakan e Penyata Gaji Februari 2018 Penyata Gaji : 8.2.2018

Powered by WP Review

Semakan e Penyata Gaji Februari 2018 bagi Pejawat Awam / Kakitangan Awam (Kerajaan) – Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui portal rasmi mereka telah mengedarkan tarikh pembayaran gaji 2018 buat penjawat awam. Tarikh Pembayaran Penyata Gaji : 8.2.2018 (Khamis) – Berikut adalah Jadual Dan Tarikh Pembayaran Gaji bulanan tahun 2018 untuk Penjawat Awam atau Kakitangan Awam seluruh negeri Di Malaysia

Semakan e Penyata Gaji Februari 2018 Penyata Gaji : 8.2.2018

 e Penyata Gaji Februari 2018 Penyata Gaji

Tarikh gaji 2018 ini khas untuk penjawat awam sahaja.

Bagi yang ingin merancang percutian tahun depan, sila rujuk kalendar cuti 2018.

Berikut dikongsikan jadual tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2018.

Tarikh Gaji 2018   Hari       Catatan
 25 Januari Khamis  
 8 Februari Khamis  Tahun Baru Cina 16 (Jumaat) & 17 (Sabtu)
 22 Mac Khamis
 25 April Rabu
 24 Mei Khamis  Hari Pesta Keaamatan 30 (Rabu) & 31
 7 Jun Khamis Hari Gawai 1 (Jumaat) & 2 (Sabtu) Jun 2018 / Hari Raya Puasa 15 (Jumaat) & 16 (Sabtu)
 25 Julai Rabu
 14 Ogos Selasa  Hari Raya Haji 22 Ogos 2018 (Selasa)
 25 September Selasa
 25 Oktober Khamis  
 22 November Khamis  Hari Deepavali 6 November 2018 (Rabu)
 24 Disember Isnin  (Hari Krismas 25 Disember)

Nota:

  • Ga.ji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali
  • Lampiran jadual pembayaran diatas merangkumi satu tarikh ga.ji untuk semua negeri
  • Tarikh pembayaran ga.ji masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
  • Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera

Sila Klik :

PROSES PEMBAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM

Pembayaran gaji perlu mematuhi jadual tarikh gaji 2018 yang telah diputuskan oleh JANM.

Pembayaran gaji adalah melalui sistem gaji berkomputer.

Pusat Tanggungjawab (PTJ) adalah pihak yang menguruskan hal-hal berkaitan pembayaran gaji tersebut. Antara tugas mereka adalah:

Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh gaji yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut;

Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:

  • butiran peribadi;
  • nombor akaun bank; dan
  • nombor rujukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
  • nombor rujukan Cukai Pendapatan;
  • nombor rujukan Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya;

Memastikan semua arahan bagi potongan gaji adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan.
Perlu diingatkan, kesilapan dan kegagalan dalam memberi maklumat tersebut mengakibatkan:

  • potongan gaji tidak dapat dikreditkan ke akaun yang betul;
  • menyebabkan berlakunya kelewatan semasa penyediaan kertas pencen penjawat awam.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), Kementerian/ Jabatan dan Pejabat Perakaunan boleh merujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 3, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u/p: Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Telefon : 03-8882 1624/1612/1622/1611