Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2017

Powered by WP Review

Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2017. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan diumumkan pada 18 Januari 2018. Keputusan boleh diambil di sekolah masing-masing bermula jam 10.00 pagi. Bagi calon-calon persendirian, keputusan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu. Keputusan Peperiksaan STAM 2017 juga boleh disemak melalui SMS.

Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2017

semakan keputusan STAM 2017

Semak Keputusan STAM Secara Online

Untuk makluman, tiada perkhidmatan semakan secara online disediakan untuk STAM.

Semak Keputusan STAM Melalui SMS

Semakan boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10:00 pagi 18 Januari 2018 dan berakhir pada 6:00 petang 24 Januari 2018.

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:

  1. Taipkan:STAM<jarak>[Angka Giliran]Contoh: STAM  MQ027S015
  2. Hantarkan SMS ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga berjaya dan good luck!

_________________________________

Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2017 Online Dan SMS. Bila tarikh semakan keputusan STAM 2017 keluar? Pelajar yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2017 (STAM 2017) pasti menunggu tarikh keputusan diumumkan dengan penuh debar. Tarikh rasmi 2016 telah diumumkan oleh KPM iaitu pada hari Khamis, 19 Januari 2017.

Untuk tahun 2017, tarikh rasmi keputusan STAM adalah pada hari Khamis, 18 Januari 2018 selepas pengumuman rasmi dari Portal KPM. Semakan keputusan peperiksaan boleh disemak melalui kaedah SMS ataupun pelajar boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing. Untuk makluman, tiada semakan secara atas talian atau online ada disediakan.

Semakan Keputusan STAM 2017 Secara Online

Berikut dikongsikan tarikh penting Semakan Keputusan STAM 2017 yang akan diumumkan pada tarikh berikut :
2017 : Hari Khamis, 18 Januari 2018 bermula jam 1000 pagi
2016 : Hari Khamis, 19 Januari 2017, bermula jam 1000 pagi

Mengikut tarikh keputusan tahun-tahun lepas, keputusan peperiksaan tahun 2015 telah diumumkan pada 21 Januari 2016 bermula jam 1000 pagi. Pada tahun 2014, ianya telah diumumkan pada hari Rabu, 28 Januari 2015.

Tarikh Peperiksaan STAM 2018 – Klik Kalendar Tarikh Peperiksaan Awam 2018

Cara Mendapatkan Keputusan Peperiksaan STAM
Pelajar boleh membuat semakan secara online dan melalui SMS ataupun datang sendiri ke sekolah masing-masing untuk mengetahui keputusan. Calon persendirian akan dimaklumkan keputusan mereka melalui pos atau pelajar boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat pelajar mendaftar dahulu.

Semakan keputusan peperiksaan STAM secara online disediakan di link applikasi di bawah ini.

Semakan secara online boleh di buat di https://sppat.moe.gov.my/semakan/.
Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No angka giliran. Semakan ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperolehi di Sekolah masing-masing ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Cara Semak Keputusan STAM 2017 melalui SMS
Semakan keputusan boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:-
Taip STAM<jarak>[Angka Giliran] dan hantarkan ke 15888

Perkhidmatan akan diaktifkan bermula jam 1000 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan iaitu dari jam 1000 pagi, 18 Januari hingga 24 Januari 2018, jam 600 petang. Tahun lepas pada 19 Januari 2017 sehingga 1159 malam 25 Januari 2017. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga pelajar yang telah menduduki Peperiksaan STAM 2017 ini berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi membolehkan mereka untuk membuat Permohonan UPU 2018 ke IPTA, Politeknik dan ILKA yang akan dibuka pada awal Februari 2018 nanti. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.