loading...

Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah 2018/ 2019

Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah 2018/ 2019 – Kepada ibu bapa atau penjaga yang telah membuat pendaftaran permohonan kemasukan murid ke program pendidikan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi persekolahan tahun 2018 secara online ataupun secara manual, anda kini boleh mula membuat semakan keputusan permohonan.

Semakan Keputusan Permohonan PraSekolah 2018/ 2019

Seperti yang dinyatakan pada manual permohonan e-PraSekolah, Ibu bapa/ penjaga boleh membuat semakan status permohonan ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2018 anak mereka mulai 5 Ogos 2017*

*Tarikh semakan dibuka masih tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan akan dikemaskini dengan kadar segera

a) Semakan Secara Online

Keputusan permohonan boleh disemak secara online melalui laman sesawang yang telah disediakan dibawah :

Sila Klik Link : Sistem Aplikasi Semakan Permohonan Prasekolah

Sistem Aplikasi bagi tujuan semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan diumumkan.

b) Semakan Melalui Sekolah Yang Dimohon

Ibubapa atau penjaga yang membuat permohonan melalui pengisian borang permohonan di sekolah yang dimohon boleh mengunjungi ke sekolah berkenaan mulai tarikh keputusan permohonan yang telah dinyatakan bagi mengetahui status permohonan.

Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2018

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan

Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW

Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.mymulai 10 September 2017 (tertakluk kepada pindaan)

Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi melalui emel di alamat eprasekolah@moe.gov.my  atau anda boleh terus ke Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah) yang berhampiran.

Search terms:

admin :