Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2019/ 2020 Online

Powered by WP Review

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2019/ 2020 Online.  Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang telah membuat pendaftaran atau permohonan kemasukan anak mereka ke Tahun 1 Ambilan 2019 melalui Sistem Aplikasi Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) boleh mula membuat semakan keputusan tersebut secara atas talian (Online)

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2019/ 2020 Online

Berikut merupakan ringkasan maklumat berkaitan dengan semakan keputusan permohonan secara online kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan bagi negeri di semenanjung Malaysia ambilan sesi 2019

Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2019 dan 2020 akan dibuka pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia (Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Bagi permohonan ke Tahun Satu ambilan 2019 yang telah dibuat pada tahun 2017, mohon semak permohonan Tuan/Puan kembali, kerana mulai tahun 2018, sekolah di W.P Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk memohon. – Jabatan Pendidikan WP Putrajaya.

Cara Membuat Semakan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2019/ 2020 Online

Semakan boleh dibuat secara online dengan melayari Laman Semakan SPAT

Ibubapa atau penjaga perlu log masuk (log in) ke dalam Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian(SPAT) yang sama dengan mengunakan maklumat Daftar Masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) yang digunakan semasa membuat permohonan / pendaftaran sebelum ini

  1. Log Masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan
  2. Pilih pada Tahun 1
  3. Seterusnya tekan Semak Permohonan

Maklumat Lanjut

Segala maklumat lanjut dan masalah berkaitan SPATKPM boleh dikemukakan ke email daftartahun1@moe.gov.my / admin_spatkpm@moe.gov.my atau rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seperti pautan berikut: Jabatan Pendidikan Negeri atau [Muat turun] Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri.

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2019/ 2020 Online

Search terms: