loading...

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2018/ 2019 Online

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2018/ 2019 Online –  Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang telah membuat pendaftaran atau permohonan kemasukan anak mereka ke Tahun 1 Ambilan 2018 melalui Sistem Aplikasi Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) boleh mula membuat semakan keputusan tersebut secara atas talian (Online)

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2018/ 2019 Online

Berikut merupakan ringkasan maklumat berkaitan dengan semakan keputusan permohonan secara online kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan bagi negeri di semenanjung Malaysia ambilan sesi 2018

Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang : Tarikh semakan mulai 16 Julai 2017

Negeri-negeri lain : Tarikh semakan pada 1 Ogos 2017

Cara Membuat Semakan

Semakan boleh dibuat secara online dengan melayari Laman Semakan SPAT

Ibubapa atau penjaga perlu log masuk (log in) ke dalam Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian(SPAT) yang sama dengan mengunakan maklumat Daftar Masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) yang digunakan semasa membuat permohonan / pendaftaran sebelum ini

  1. Log Masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan
  2. Pilih pada Tahun 1
  3. Seterusnya tekan Semak Permohonan

Maklumat Lanjut

Segala maklumat lanjut dan masalah berkaitan SPATKPM boleh dikemukakan ke email daftartahun1@moe.gov.my / admin_spatkpm@moe.gov.my atau rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seperti pautan berikut: Jabatan Pendidikan Negeri atau [Muat turun] Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri.

Search terms:

admin :