Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2019/ 2020 secara online

Powered by WP Review

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2019/ 2020 secara online –  Perhatian buat ibu bapa/ penjaga yang telah membuat pendaftaran atau permohonan kemasukan anak mereka ke Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020 melalui Sistem Aplikasi Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) boleh mula membuat semakan keputusan tersebut secara atas talian (Online).

  1. Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah.
    • Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
    • Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut
    • Layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpenggunauntuk pendaftaran pengguna baharu.
    • Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.
    • Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.
  1. Permohonan secara manual melalui sekolah.

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2019/ 2020 Online

Semakan Keputusan Permohonan Tahun 1

Berikut merupakan ringkasan maklumat berkaitan dengan semakan keputusan permohonan secara online kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan bagi negeri di semenanjung Malaysia ambilan sesi 2019/ 2020

Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Pulau Pinang : Tarikh semakan mulai 16 Julai 2018

Negeri-negeri lain : Tarikh semakan pada 1 Ogos 2018

Cara Membuat Semakan Permohonan Tahun 1 Kemasukan 2019

Semakan boleh dibuat secara online dengan melayari Laman Semakan SPAT

Ibubapa atau penjaga perlu log masuk (log in) ke dalam Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian(SPAT) yang sama dengan mengunakan maklumat Daftar Masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) yang digunakan semasa membuat permohonan / pendaftaran sebelum ini

  1. Log Masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan
  2. Pilih pada Tahun 1
  3. Seterusnya tekan Semak Permohonan

Maklumat Lanjut

Segala maklumat lanjut dan masalah berkaitan SPATKPM boleh dikemukakan ke email daftartahun1@moe.gov.my / admin_spatkpm@moe.gov.my atau rujuk ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Seperti pautan berikut: Jabatan Pendidikan Negeri atau [Muat turun] Maklumat Jabatan Pendidikan Negeri.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih