Semakan Permohonan KUIS Kemasukan November 2017

Powered by WP Review

Semakan Permohonan KUIS Kemasukan November 2017 – Kepada pelajar yang bercadang untuk menyambung pengajian di KUIS, permohonan kemasukan ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Sesi November 2017 telah dibuka. Permohonan ke program Asasi/ Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD boleh dibuat secara online melalui e-Admission KUIS. Untuk makluman, semua kursus pengajian yang ditawarkan di KUIS telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Senarai lengkap kursus pengajian yang ditawarkan boleh dirujuk di laman rasmi KUIS.

Semakan Permohonan KUIS Kemasukan November 2017

Semakan Permohonan KUIS

Syarat-syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat kemasukan buat para pemohon yang ingin mendaftar di KUIS.

Ijazah Sarjana Muda

Keputusan Peperiksaan STAM hanya dengan keputusan MAQBUL
STPM hanya dengan 2 kredit

Asasi

Mendapat 5 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Diploma

Mendapat 3 kredit dalam SPM

Nota : Calon pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 kepujian (kredit) serta memenuhi syarat kelayakan ditetapkan KUIS amat digalakkan untuk memohon program Asasi KUIS. Program ini merupakan laluan pantas ke program Ijazah Sarjana
Muda KUIS kerana tempoh pengajian hanya 3 semester (1 tahun).

Cara Membuat Permohonan Kemasukan KUIS

Pemohon boleh membuat permohonan kemasukan ke KUIS dengan mengakses
applikasi permohonan di http://onlineapp2.kuis.edu.my:8080/onlineapp/default.jsp

Proses menjadi Pelajar Berdaftar KUIS melibatkan tiga peringkat seperti berikut:

PERINGKAT PERTAMA: PERMOHONAN

  1. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Permohonan Baru.
  2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online dan klik HANTAR.
  3. Cetak Borang Permohonan Kemasukan untuk rujukan.

Nota : Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS akan memproses permohonan dalam tempoh 5 hari bekerja. Semakan status permohonan secara online boleh dilakukan selepas tempoh tersebut.

PERINGKAT KE-2: SEMAKAN & PENAWARAN

  1. Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak Status Permohonan.
  2. Sekiranya permohonan berjaya, calon pelajar perlu muat turun (download) dan cetak semua dokumen dan borang berkaitan pendaftaran.
  3. Lengkapkan/ laksanakan/ penuhi semua keperluan yang tersenarai dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu.

PERINGKAT KE-3: PENDAFTARAN

  1. Pastikan semua perkara dalam Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu disediakan/ dilengkapkan/ dibawa pada hari pendaftaran.
  2. Hadirkan diri pada Hari Pendaftaran Pelajar Baharu KUIS pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan (rujuk Surat Tawaran).

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan, penawaran dan
pendaftaran, sila hubungi KUIS di :

Seksyen Permohonan dan Kemasukan Pelajar,
Bahagian Pemasaran dan Komunikasi KUIS,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

No. Telefon : 03-8911 7000 / 2240/ 2239/ 1220/ 1205
No. Faks : 03-8926 8462
No. Whatsapp : 019-389 6937
E-mel : admission@kuis.edu.my

sumber: www.infopelajar2u.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih