Semakan tarikh keputusan UPSR 2017 diumumkan pada November

Powered by WP Review

Semakan tarikh keputusan UPSR 2017 diumumkan pada November – Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017 akan memperoleh keputusan UPSR masing-masing pada bulan November ini. Berdasarkan rujukan MYsumber terhadap tarikh keputusan UPSR bagi tahun sebelumnya. Setiap tahun keputusan UPSR akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada satu tarikh di minggu ketiga bulan November dan untuk tahun 2017 dijangka pengumuman keputusan UPSR 2017 pada minggu kedua November.

tarikh keputusan UPSR 2017

Semakan tarikh keputusan UPSR 2017 diumumkan pada November

TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN UPSR 2017 SECARA ONLINE DAN SMS

Pada tarikh rasmi keputusan UPSR 2017 diumumkan keluar nanti, calon boleh mendapatkan keputusan tersebut melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menyediakan perkhidmatan semakan ringkasan keputusan secara sistem pesanan ringkas, mySMS 15888

Berikut adalah ruangan kemaskini maklumat terkini berkaitan dengan tarikh rasmi keputusan UPSR 2017 diumumkan keluar dan semakan serta cara untuk mendapatkan keputusan masing-masing

Result UPSR 2017
Tarikh rasmi pengumuman keputusan
Nantikan pengumuman dari Kementerian Pendidikan Malaysia
Minggu ke-2 bulan November 2017
Tarikh rasmi akan dinyatakan
Mendapatkan Slip Keputusan Penuh UPSR 2017
Nombor 1Melalui sekolah masing-masing (calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan / calon sekolah swasta) bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan
Status BetulCalon-calon sekolah perlu hadir pada waktu yang ditetapkan dengan berpakaian sekolah
Check SMSSemakan Keputusan UPSR 2017 Secara SMS
Semakan keputusan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut
Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: UPSR KC001A040 sms ke 15888
Status BetulSemakan secara SMS boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi
Semakan OnlineSemakan Keputusan UPSR 2017 Secara Online
Maklumat bagi semakan ringkasan keputusan UPSR 2017 secara atas talian (online) akan disertakan sekiranya perkhidmatan ini disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia
GredGred Dan Tafsiran Gred UPSR
Gred dan tafsiran gred yang digunakan untuk pernyataan keputusan UPSR adalah seperti di bawah
Gred Tafsiran Gred
A Cemerlang
B Baik
C Memuaskan
D Mencapai Tahap Minimum
E Belum Mencapai Tahap Minimum
Borang PermohonanPermohonan Penyemakan Semula Keputusan UPSR 2017
Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan UPSR yang diperoleh boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan. Caj / kadar bayaran yang dikenakan untuk permohonan penyemakan semula keputusan UPSR adalah sebanyak RM50.00 bagi satu kertas peperiksaan
Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. Borang boleh didapati di sekolah, JPN dan LP atau dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my
Tarikh tutup permohonan penyemakan semula keputusan adalah 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan UPSR
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Sila Klik LinkSAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar

sumber: mysumber

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih