Semakan WTD online eGUMIS Wang Tak Dituntut secara online

Powered by WP Review

Semakan WTD online eGUMIS Wang Tak Dituntut secara online – eGUMIS Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan wang tidak dituntut atau WTD secara atas talian atau online? Untuk makluman, Semakan WTD Online masih belum boleh disemak secara online. Kerajaan akan melancarkan eGUMIS atau Electronic Government Unclaimed Money Information System pada suku kedua tahun 2018. Ianya bagi memudahkan semakan status wang tidak dituntut dibuat terutamanya oleh penduduk di luar bandar.

Semakan WTD online, eGUMIS Wang Tak Dituntut secara online

Semakan WTD online eGUMIS Wang Tak Dituntut secara online

Pada masa kini semakan Wang tidak dituntut hanya boleh dibuat di Kaunter Jabatan Akauntan Malaysia (JANM) seluruh negeri. Selain itu, Kementerian Kewangan juga akan menyediakan kaunter bergerak dalam memudahkan orang ramai di kawasan pendalaman untuk membuat semakan sebelum proses tuntutan dapat di buat di Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

 

eGUMIS Sistem Semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) Secara Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan panduan semakan WTD secara online meliputi tarikh pelancaran, pautan applikasi semakan dan maklumat terkini WTD.

Kepada mereka yang masih tidak tahu apa itu Wang Tidak Dituntut, berikut adalah maksudnya :-

  • WTD adalah wang perlu dibayar disisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana di tetapkan di bawah Seksyen 8, Akta Wang Tidak Dituntut 1965.

Pendaftar wang tidak dituntut, iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai pemegang amanah akan menyimpan selamat wang tersebut mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ianya dituntut oleh empunya yang berhak,

Semakan WTD Online Melalui eGUMIS

Sistem eGUMIS (Electronic Goverment Unclaimed Money Information System) atau sistem semakan WTD online akan diaktifkan mulai

  • Suku kedua 2018

eGUMIS bakal memudahkan orang ramai untuk mengakses dan menyemak status WTD tanpa perlu datang ke kaunter JANM berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

Pautan Applikasi Semakan

  • Akan dikemaskini

Cara Membuat Semakan Wang Tak Dituntut Di Kaunter WTD JANM

Sementara menunggu pengaktifan sistem eGUMIS, mereka yang ingin membuat semakan Wang Tak Dituntut boleh berbuat demikian di lokasi pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negeri.

  1. Datang ke kaunter JANM mengikut waktu pejabat atau masa yang ditetapkan oleh JANM berkaitan
  2. Sila bawa dokumen pengenalan diri iaitu Kad pengenalan/ MyKad. Semakan waris yang telah meninggal dunia boleh juga disemak. Sila bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan anda dengan pewaris (Contoh sijil lahir).
  3. Serahkan MyKad atau dokumen yang berkaitan di kaunter WTD
  4. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem
  5. Status WTD akan dapat diketahui dalam masa beberapa minit sahaja
  6. Pegawai bertugas akan menyenaraikan senarai WTD (jika ada) dan prosedur buat tuntutan
  7. Tiada bayaran atau caj perkhid­matan dikenakan untuk membuat semakan

Informasi Penting Wang Tidak Dituntut (WTD)

Berikut adalah maklumat penting berkaitan WTD yang perlu diambil perhatian oleh pemohon.

  1. Tiada had untuk semakan atau tuntutan WTD
  2. Wang disimpan selamat dalam pegangan kerajaan
  3. Perkhidmatan diberikan adalah percuma
  4. Dibayar tanpa faedah
  5. JANM tidak pernah melantik ejen
  6. JANM tidak pernah menghantar emel berkaitan perkhidmatan WTD

Cara Memuat Tuntutan Wang Tidak Dituntut

Pegawai JANM yang bertugas akan memberikan panduan dalam membuat tuntutan WTD (jika ada). Secara amnya, tuntutan boleh dibuat seperti berikut :

  1. Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut
  2. Sertakan beberapa dokumen berkaitan yang antara lain meliputi salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, penyata buku bank yang aktif untuk tujuan pembayaran balik secara bank-in.
  3. Download Borang UMA-7
  4. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani
    Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara
    Dokumen asal (Antaranya: buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain)
  5. Salinan muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank
  6. Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang dinyatakan

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan semakan Wang Tidak Dituntut, sila rujuk kepada dokumen di bawah ini:-

  1. Garis Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tidak DiTuntut
  2. Panduan Permohonan WTD

Selamat membuat Semakan WTD di kaunter JANM berkedatan dengan tempat tinggal anda. Moga sistem Online eGUMIS dapat dilancarkan dengan jayanya untuk kemudahan mereka yang memerlukannya dalam membuat semakan secara online.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih