Senarai Calon PRU14, Keputusan Terkini Pilihanraya

Powered by WP Review

Senarai Calon PRU14, Keputusan Terkini Pilihanraya. HARI penamaan calon PRU14 berlangsung hari ini dan akan bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara. Ini melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun. Sinar Harian memberikan laporan di kesemua lokasi Parlimen dan Dun keputusan terkini PRU14 di seluruh Semenanjung Malaysia untuk anda.

Senarai Calon PRU14, Keputusan Terkini Pilihanraya

Ikuti laporan langsung dari kami:

P024 Parlimen Kubang Kerian

7.30 pagi: Pasukan polis melakukan kerja penutupan jalan ke pusat penamaan calon di Kompleks Islam Darul Naim di Lundang, di sini.

Jalan ditutup bermula jam 7.30 pagi secara berperingkat.

Parlimen Kubang Kerian menjadi tumpuan kerana Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di kerusi berkenaan.

P031 Parlimen Kuala Krai

7.25 pagi: Pekarangan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai masih lenggang.

Bagaimanapun, petugas SPR telah tiba seawal 6.30 pagi memastikan proses penamaan calon lancar.

P027 Parlimen Tanah Merah

7.30 pagi: Suasana kelihatan tenang di Pusat Penamaan Calon di wisma Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) pagi ini.

Pegawai dan anggota polis dilihat masih berkawal dalam kawasan pusat penamaan calon dan sekitar padang.

Dijangka pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum14 (PRU14) melibatkan calon Pas, PKR dan BN di Parlimen dan tiga Dun termasuk Gual Ipoh, Bukit Panau dan Kemahang bakal menghangatkan suasana pilihanraya kali ini.

Masih belum kelihatan para penyokong ketiga-tiga parti di kawasan pusat penamaan calon.

P030 Parlimen Jeli

7.30 pagi: Suasana awal pagi di pusat penamaan calon P030 Parlimen Jeli masih lengang, bagaimanapun kelihat dilihat pegawai SPR sibuk membuat persediaan terakhir.

Manakala seawal jam 6.15 pagi, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli sudah bersiap sedia di sekitar pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli untuk memantau keadaan semasa dan keselamatan di sini.

P022 Parlimen Pasir Mas

7.40 pagi: Suasana awal pagi di pusat penamaan calon P022 Parlimen Pasir Mas masih lengang, bagaimanapun kelihatan petugas-petugas SPR sibuk membuat persediaan terakhir.

Manakala seawal jam 6.15 pagi, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas sudah bersiap sedia di sekitar pusat penamaan calon di Kolej Vokasional Pasir Mas untuk memantau keadaan semasa dan keselamatan di sini.

P075 Parlimen Bagan Datuk

7 pagi: Orang ramai mula membanjiri tapak Teedo Tesort berhampiran pusat penamaan calon Sekolah Menengah Sains Bagan Dato’ (Sabda) sejak jam 7 pagi bagi menunggu kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga calon BN Parlimen Bagan Datuk tiba pada jam 7.45 pagi bersama dua lagi calon BN bagi Dun Hutan Melintang Datuk Khairudin Tarmizi dan Dun Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Lebih 5,000 peyokong hadir bagi mendengar ucapan khas Ahmad Zahid sebelum bergerak ke Dewan Gemilang Sabda bagi proses penamaan calon sekitar jam 9 pagi.

8.40 pagi: Timbalan Perdana Menteri yang juga calon Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sains Bagan Dato’ (Sabda) untuk menyerahkan borang pencalonan.

Ahmad Zahid bersama dua lagi calon BN bagi Dun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Dun Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi berarak sejauh 800 meter dari Teedo Resort ke Dewan Gemilang, Sabda.

9 pagi: Calon BN bagi Parlimen Bagan Datuk, Dun Hutan Melintang dan Rungkup masuk ke Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Dato’ (Sabda) untuk menyerahkan borang pencalonan.

9.05 pagi: Calon Harapan Parlimen Bagan Datuk, Dun Hutan Melintang dan Rungkup masuk ke Dewan Gemilang Sabda untuk menyerahkan borang pencalonan.

9.08 pagi: Calon Pas Parlimen Bagan Datuk, Dun Hutan Melintang dan Rungkup masuk ke Dewan Gemilang Sabda untuk menyerahkan borang pencalonan.

N10 Dun Nilai

8 pagi: Sebahagian penyokong BN mengiringi calon mereka iaitu Leaw Kok Chan di luar Wisma Negeri. Beliau dijangka menghantar borang pencalonan bagi N10 Dun Nilai, sebentar lagi.

P040 Parlimen Kemaman

7 pagi: Calon Pas Dun Kijal, Hazri Jusoh (tengah) tiba di tempat berkumpul penyokong Pas di Mak Chili untuk berarak menuju pusat penamaan calon PRU14 P040 Parlimen Kemaman di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai.

8.25 pagi: Pasukan ‘Light Strike Force’ (LSF) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman bersiap sedia di pekarangan pusat penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK).

Calon dan penyokong setiap parti yang bertanding berkumpul sejak jam 7 pagi di tiga lokasi berasingan dan dijangka berarak menuju MPK bermula jam 8.30 pagi ini.

8.30 pagi: Lima calon Pas bersama penyokong mereka yang berkumpul di Surau Kampung Jaya, Chukai berarak menuju pusat penamaan calon PRU14 di Majlis Perbandaran Kemaman.

P044 Parlimen Permatang Pauh

8 pagi: Kelihatan anggota polis trafik mengawal laluan pintu masuk ke pusat penamaan calon di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam.

P09 Parlimen Alor Setar

7.30 pagi: Suasana Penamaan Calon Parlimen Alor Setar berjalan lancar, kelihatan anggota polis bertugas mengawal lalu lintas dengan penutupan jalan bermula jam 7.30 pagi, di hadapan Kompleks Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, di Jalan Stadium

9 pagi: Calon BN yang diketuai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga calon Dun Suka Menanti bersama tiga lagi calon bersama penyokong ketika berhimpun di luar pekarangan Pusat Penamaan Calon di Kompleks Belia dan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah di Jalan Stadium.

P012 Parlimen Jerai

8 pagi: Pekarangan Dewan Dato Madi, Yan masih lengang.

Hanya kelihatan anggota keselamatan yang bertugas.

P044 Parlimen Permatang Pauh

8 pagi: Calon dan penyokong daripada Pas mula memasuki perkarangan Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara bagi menghantar borang pencalonan PRU14.

P042 Parlimen Tasek Gelugor

8.13 pagi: Suasana di sekitar kawasan Pusat Penamaan Calon di Sungai Dua Tasek Gelugor yang dikawal anggota keselamatan.

P038 Parlimen Hulu Terengganu

8.15 pagi: Barisan calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu dan empat Dun menadah doa memohon keberkatanNYA sebelum masuk ke Pusat Penamaan Calon Bahagian Pilihan Raya P 038 Hulu Terengganu di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu, sebentar tadi.

9.13 pagi: Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari (kiri) bersalaman dengan calon BN Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid sebelum perarakkan ke Pusat Penamaan Calon P 038 dimulakan.

Jailani yang merupakan penyandang kerusi berkenaan digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU14 ini dan pengguguran itu turut timbulkan ketidakpuasaan hati dalam kalangan segelintir penyokong yang turut bertindak mengantung kain rentang mendesak beliau dicalonkan kembali.

P036 Parlimen Kuala Terengganu

8.30 pagi: Di pekarangan stadium negeri Kuala Terengganu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar (kiri) sedang membuat pemeriksaan persediaan anggotanya

8.45 pagi: Empat calon Harapan yang bertanding bagi kerusi parlimen dan empat Dun Kuala Terengganu tiba di Stadium Negeri Terengganu.

9.05 pagi: Calon Pas Dun Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi menghantar borang permohonan calon kepada pegawai SPR di Stadium Negeri.

P017 Parlimen Padang Serai

Calon Pas, Datuk Siti Ashah Ghazali menjadi satu-satunya calon wanita di kawasan Padang Serai yang akan bertanding di Dun Merbau Pulas.
8.10 pagi: Penamaan calon kawasan Padang Serai.Jalan-jalan mulai ditutup.

P083 Parlimen Kuantan

8.15 pagi: Pekarangan Bangunan Majlis Perbandaran Kuantan masih lenggang.

Hanya anggota keselamatan yang bersiap sedia bagi mengawal keadaan dan mendengar taklimat.

P053 Parlimen Balik Pulau

8.10 pagi – Jalan menuju ke Kompleks Sukan Balik Pulau lengang dan difahamkan, calon BN, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bersama calon Dun BN lain akan berjalan dari Pejabat Umno Bahagian Balik Pulau menuju ke pusat penamaan calon bermula jam 8.30 pagi nanti.

9.12 pagi: Empat calon BN untuk Parlimen Balik Pulau berjalan kaki kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon

P004 Langkawi

8.10 pagi: Pejabat Daerah dan Tanah Pulau Langkawi hanya dipenuhi petugas keselamatan dan wakil media.

8.24 pagi: Calon BN Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad bergambar bersama penyokongnya sebelum berarak ke pusat penamaan calon.

P128 Seremban

8 pagi: Sebahagian penyokong BN mengiringi calon mereka iaitu Leaw Kok Chan di luar Wisma Negeri. Beliau dijangka menghantar borang pencalonan bagi Dun Nilai, sebentar lagi.

Calon DAP Parlimen Seremban, Loke Siew Fook sempat disuapkan kek oleh isterinya sempena hari kelahirannya hari ini.

8.17 pagi: Penyokong dan calon Pas, Sharifuddin Ahmad menunaikan solat hajat terlebih dahulu di ruang parkir Taman Tasik Seremban, tadi.

8.29 pagi: Calon Pas, Sharifuddin Ahmad telah tiba di luar Wisma Negeri untuk proses penamaan calon.

8.55 pagi: Semua calon BN bagi Parlimen Seremban diarak ke lokasi penamaan calon di bangunan Wisma Negeri.

P125 Putrajaya

8.21 pagi: Lautan biru penyokong BN mula berarak menghampiri pusat penamaan calon sambil berselawat dan membawa bendera BN. calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengetuai perarakan bersama ahli keluarganya.

P108 Shah Alam

7 pagi: Penyokong BN Shah Alam berkumpul seawal jam 7 pagi di pekarangan tapak pasar malam Seksyen 19 dan menikmati sarapan pagi bersama sebelum bersedia untuk ke Dewan Tanjung MBSA bagi memberi sokongan kepada calon mereka.

8.47 pagi: Calon Parlimen P108 dari Pakatan Harapan (Amanah), Khalid Abdul Samad dan Calon Dun N41 Batu Tiga, Rodziah Ismail bersama penyokong bersedia menunggu untuk masuk ke Dewan Besar Tanjung MBSA untuk proses penamaan calon.

9.20 pagi: Calon kerusi Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (tengah) bersama calon Dun Bukit Melawati, Jakiran Jacomah dan calon muka baharu bagi Dun Jeram, Zahar Azlan Ariffin di Stadium Kuala Selangor.

9.59 pagi: Calon-calon Pas yang selesai paling awal menyerahkan borang penamaan calon kepada SPR sempat menikmati sarapan pagi yang disediakan dalam dewan

P056 Parlimen Larut

8 pagi: Semua penyokong Pas mula berkumpul di Dataran Selama bagi memberi sokongan kepada proses penamaan calon PRU14 yang akan berlangsung di Pejabat Tanah dan Daerah Selama.

Keempat-empat bakal calon membabitkan Parlimen Larut, Abu Husin Mohamad, calon Dun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan calon Kubu Gajah, Khalil Yahaya dan Batu Kurau, Mohd Shahir Hassan kelihatan tiba secara beriringan.

Semua penyokong dan bakal calon turut mengadakan solat hajat sebelum perarakan bermula.

P111 Parlimen Kota Raja

8.25 pagi: Calon Pakatan Harapan (Harapan) untuk Parlimen Kota Raja, Dun Sungai Kandis, Sentosa dan Kemuning tiba di pusat penamaan calon Dewan MBSA Kemuning Utama.

Mereka tiba bersama penyokong sambil melaungkan slogan hapuskan GST dan kalahkan Umno/BN.

P121 Lembah Pantai

8.37 pagi: Hampir 200 penyokong BN berarak mengiringi calon parti Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ke Pusat Komuniti Bukit Bandaraya bagi prosea penamaan calon.

P26 Parlimen Ketereh

8.45 pagi: Ketibaan semua calon-calon Pas di Majlis Daerah Ketereh. Dari kiri Dr Md Yusnan, Azami Mohd Nor, Wan Ismail Wan Jusoh dan Nik Mahadi Nik Mahmood.

Mereka diiringi lebih 400 penyokong.

8.50: Ketibaan calon-calon BN di Majlis Daerah Ketereh disini diiringi lebih 1,000 penyokong. Azmi Ishak, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan Mohamad Azam Ismail

P8 Parlimen Pokok Sena

8.35 pagi: Calon Gagasan Sejahtera Parlimen Pokok Sena, Radhi Mat Din (tiga, kanan) bersama penyokong ketika hadir ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.

8.40 pagi: Calon Pakatan Harapan bergambar bersama penyokong ketika hadir ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena

P48 Parlimen Bukit Bendera

8.35 pagi: Calon Pakatan Harapan berarak bersama penyokong ketika hadir ke pusat penamaan calon di Kompleks Masyarakat Penyayang, Georgetown.

P28 Parlimen Pasir Puteh

8.30 pagi: Calon Pas Pasir Puteh berjalan menuju pusat penamaan calon.

8.35 pagi: Calon BN Pasir Puteh bersedia memasuki pusat penamaan calon.

P16 Parlimen Baling

8.35 pagi: Calon Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersalaman dengan calon Pas bagi Dun Kupang, Brigadier Jeneral Datuk Najmi Ahmad (Bersara)

P029 Parlimen Machang

8.45 pagi: Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Machang . Beliau diiringi oleh kira -kira 1,500 penyokong.

Parlimen Kota Raja

8.38 pagi: Calon Pas Parlimen Kota Raja, Dun Sentosa, Sungai Kandis dan Kemuning tiba bersama penyokong.

Mereka tiba bersama lebih 200 penyokong sambil mengucapkan takbir dan berselawat beramai-ramai menyebabkan suasana gamat seketika.

P107 Parlimen Sungai Buloh

8.27 pagi: Pekarangan Dewan Sekolah Menengah Seksyen 8 Kota Damansara

Hanya kelihatan anggota keselamatan yang bertugas di pekarangan pusat penamaan

8.29 pagi: Calon BN bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh, A. Prakash Rao dan calon kerusi Dun Kota Damansara, Datuk Halimaton Saadiah Bohan mula berarak menuju ke pekarangan kawasan Sekolah Menengah Seksyen 8 Kota Damansara.

8.45 pagi: Penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) mula berkumpul untuk berarak ke pekarangan kawasan Sekolah Menengah Seksyen 8 Kota Damansara

8.51pagi: Penyokong Pakatan Harapan (Harapan) mula berarak menuju ke pekarangan kawasan Sekolah Menengah Seksyen 8 Kota Damansara

P098 Parlimen Gombak

8.15 pagi: Ribuan penyokong Pas berarak ke SMK Sungai Pusu bagi penamaan calon Parlimen Gombak.

8.40 pagi: Calon Parlimen PKR diketuai Timbalan PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba.

8.58 pagi: Barisan kumpulan penyokong PKR mula berarak menghampiri pusat penamaan calon sambil melaungkan perkataan ‘ reformasi’ dan membawa bendera PKR. calon Parlimen, William Leong Jee Kee turut sudah tiba.

9.08 pagi: Calon Ahli Parlimen Selayang ,(PKR), William Leong Jeen Keen dibawa ke pusat penamaan di Bangunan MPS.

9.20 pagi: Semangat seorang penyokong BN yang turut hadir menyokong calon-calon mereka yang bertanding di SMK Sungai Pusu.

9.47 pagi: Steady pak cik! Dalam laungan sorakan penyokong antara parti, Ahmad Hilmi Abdul Samad,67 sabar menunggu pengesahan pendaftaran calon sambil membaca Sinar Harian.

P112 Parlimen Kuala Langat

8.30 pagi: Ketiga -tiga calon dari Pas dilihat mengaminkan bacaan doa selepas menunaikan Solat Hajat di luar pekarangan Dewan Sri Jugra sebelum penamaan calon bermula.

8.40 pagi: Ketiga -tiga calon Pas untuk kerusi Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Yahya Baba, calon Sijangkang, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan calon Morib, Dr Sallehuddin Hafiz berarak menuju ke kawasan menunggu.

Mereka diiringi kira-kira 700 penyokong dengan berzikir ke pekarangan menunggu sebelum masuk ke Dewan Sri Jugra untuk sesi penamaan calon.

P021 Parlimen Kota Bharu

8.52 pagi: Ketibaan calon Pakatan Harapan yang menggunakan simbol PKR diketuai Husam Musa di pekarangan Dewan Jubli Perak, Jalan Mahmood,Kota Bharu.

8.57 pagi: Ketibaan calon Pas diketuai Datuk Takiyuddin Hassan bersama Datuk Dr Ramli Mamat,Datuk Anuar Tan Abdullah dan Rohani Ibrahim di pusat penamaan calon.

P039 Dungun

8.30 pagi: Calon Pas Dun Paka, Satiful Bahri Mamat (tengah) tiba di pekarangan Pejabat Daerah Dungun.

8.40 pagi: Calon BN parlimen Dungun, Datuk Din Adam tiba di perkarangan pejabat daerah Dungun.

P083 Parlimen Kuantan

9.05 pagi: Calon Pas melangkah masuk ke bangunan Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengisi borang penamaan calon.

10.03 pagi: Lebih 1,000 penyokong mengiringi calon BN P083 Parlimen Kuantan, Datuk Andrew Wong bersam tiga calon Dun iaitu Teruntum, Tee Choon Ser; calon Dun Tanjung Lumpur, Datuk Seri Tengku Zulkifly Tengku Ahmad dan DDyn Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif menuju Dewan Baharu, ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini bagi proses penamaan calon PRU14.

N38 Paya Jaras

9.04 pagi: Calon Harapan bagi kerusi N38 Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman mula memasuki ruang kawasan Sekolah Menengah Seksyen 8 Kota Damansara.

P137 Hang Tuah Jaya

6.30 pagi: Kelihatan pasukan keselamatan sudah mula melakukan kawalan di pekarangan pusat penamaan calon di Rumah Media Melaka di Ayer Keroh ini.

7.30 pagi: Jalan mula ditutup dengan menyaksikan pemasangan kawat berduri bagi mengasingkan kawasan antara beberapa penyokong parti yang bertanding.

8.30 pagi: Bagi P137 Parlimen Hang Tuah diramal menyaksikan pertembungan antara tiga penjuru dan berkemungkinan juga empat penjuru. Bagaimanapun semuanya akan dapat dipastikan sebaik kesemua calon menghantar borang pencalonan masing-masing.

8.40 pagi: Bagi penyokong BN dan Pas mereka berkumpul di hadapan bangunan LHDN manakala penyokong pakatan harapan berhimpun di hadapan bangunan KWSP.

Hang Tuah Jaya mengandungi empat kawasan Dun iaitu Dun Ayer keroh, Bukit Katil, Ayer Molek dan Dun Pengkalan Batu.

Terdapat 89,367 pengundi keseluruhannya bagi Parlimen Hang Tuah Jaya yang menyaksikan 62 peratus pengundi Melayu manakala 31 peratus adalah pengundi Cina, lima peratus pengundi India sementara selebihnya adalah lain-lain bangsa.

10 pagi: Pegawai Pengurusan Bahagian Pilihan Raya bagi Pusat Penamaan Calon Hang Tuah Jaya Datuk Murad Husin mengumumkan tempoh pencalonan ditutup bagi kerusi Parlimen dan Dun tersebut.

P095 Parlimen Tanjong Karang

9 pagi: Calon kerusi Parlimen Tanjong Karang yang juga Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar (tengah) tiba bersama calon Dun Permatang, Datuk Sulaiman Abd Razak (kiri) dan calon Dun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsudin Lias sedondon biru di pekarangan dewan sebelum berarak masuk ke dalam dewan untuk sesi penamaan calon.

P074 Lumut

8.30 pagi: Penyokong dari BN mula berkumpul di lokasi ditetapkan bersama calon masing-masing di Institut Kemahiran Mara, Lumut

8.32 pagi: Penyokong dari parti Pas dan Harapan mula berkumpul di lokasi yang ditetapkan bersama calon masing-masing

8.50 pagi: Calon BN bagi Parlimen Lumut dan Dun Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta calon Dun Pangkor Datuk Rashidi Ibrahim masuk ke pusat mengundi

8.53 pagi: Calon dari Pas bagi Parlimen Lumut Mohd Zamri Ibrahim, calon Dun Pasir Panjang Rohawati Abidin dan calon Pangkor Zainal Abidin Saad masuk ke pusat penamaan calon

9 pagi: Calon dari Harapan bagi Parlimen Lumut Dr Hatta Md Ramli, calon Dun Pangkor Komander (B) Nordin Ahmad Ismail dan calon Dun Pasir Panjang Yahaya Mat Nor masuk ke pusat mengundi

Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Lumut Mohamad Helmi Ariffin mengumumkan pusat penamaan calon dibuka

9.11 pagi: Timbalan Presiden Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia yang dikatakan bakal bertanding calon bebas Dun Pangkor Leman Kanaullah masih lagi tidak kelihatan

P133 Tampin

8.55 pagi: Calon dan kira-kira 150 penyokong Pas tiba di perkarangan Majlis Bandaran Tampin bagi proses penamaan calon PRU14.

9.05 pagi: Calon BN dan penyokong seramai 1,000 orang tiba di perkarangan Majlis Bandaran Tampin bagi proses penamaan calon PRU14.

P139 Jasin

9 pagi: Calon Amanah, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan beramah mesra bersama calon BN Dun Rim, Datuk Ghazale Muhamad pada sesi pertemuan parti-parti dicalonkan di pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau Melaka

9.16 pagi: Calon-calon parti terlibat sedang menjalani proses penamaan calon di Politeknik Merlimau Melaka

P088 Parlimen Temerloh

9 pagi: Proses penamaan calon bagi Parlimen P088 Temerloh dimulakan di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Ia dimaklumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya kawasan itu, Datuk Azlan Mohd Yaman.

Calon semua parti bertanding bersama penyokong dan pencadang mula memasuki dewan.

Antaranya ialah calon Barisan Nasional untuk Parlimen Temerloh Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang turut bertanding di kerusi Dun Lanchang.

Kehadiran beliau ke dewan itu diarak hampir 2,000 penyokong BN.

P028 Parlimen Pasir Puteh

9.23 pagi: Calon Parlimen Pakatan Harapan Pasir Puteh, Datuk Kamaruddin Md Noor sempat berbual dengan lawannya, Nik Muhammad Zawawi Nik Saleh dari Pas sebelum memasuki pusat penamaan calon.

P119 Parlimen Titiwangsa

9 pagi: Calon BN, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, tiba di pusat penamaan calon di SMK Aminudin Baki Jalan Kampung Pandan di iringi Timbalan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Affendi Zahari sebagai pencadang dan Setiausaha Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Azizul Rahman Mohd Hussain Malim sebagai penyokong.

Manakala calon Pas, Mohamad Noor Mohamad dan Bersatu, Rina Harun tiba lima minit kemudian.

Proses penyerahan borang calon sedang berjalan sehingga jam 10 pagi nanti.

P86 Parlimen Maran

9.26 pagi: Penyokong Pas memenuhi perkarangan Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah bagi memberikan sokongan kepada calon mereka.

P139 Jasin

9.23 pagi: Calon PKR, Shamsul Iskandar Md Akin kelihatan lokasi penamaan calon. Beliau dikatakan akan bertanding bagi Dun Rim.

P118 Parlimen Setiawangsa

8.50 pagi: Zulhasnan Rafique tiba bersama lebih kurang 300 penyokong

P037 Marang

8.50 pagi: Calon BN sampai di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah dan Marang sekitar jam 8.50 pagi.

9.20 pagi: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendaftar nama sebagai calon di Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah Dan Daerah Marang.

10.20 pagi: Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang (dua kiri) juga calon BN Dun Pengkalan Berangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan calon Harapan bertanding di kerusi Parlimen Marang, Dr Zawari Sulong sebaik selesai mendaftar sebagai calon bertanding.

P019 Parlimen Tumpat

9. 31pagi: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang bertanding di Dun Pasir Pekan tiba di pusat penamaan calon di pejabat Tanah Jajahan Tumpat.

P127 Jempol

8.46 pagi: Calon Bebas, Datuk Sri S Surash tiba di lokasi penamaan calon bersama penyokongnya.

P020 Parlimen Pengkalan Chepa

9.15 pagi: Nik Omar Nik Abdul Aziz tiba di pusat penamaan calon BTP di Pengkalan Chepa. Beliau dikatakan bakal bertanding di kerusi Dun Chempaka mewakili Amanah

P138 Kota Melaka

9.42 pagi: Calon BN untuk Dun Telok Mas, Datuk Abdul Rahman Abdul Rahman menunggu giliran untuk proses penamaan calon.

10.23 pagi: Calon BN, Eric Choo (kiri) bersalaman dengan Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew, yang akan mempertahankan kerusi terbabit pada PRU14 ini.

10.50 pagi: Dun Duyong bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkan (dari kiri) Damian Yeoh dari DAP, Lee Kiat Lee (BN), Kamaruddin Sidik (Pas) dan Lim Jak Wong (Bebas).

P019 Parlimen Kapar

8.50 pagi: Semangat hampir 2,000 penyokong BN yang hadir menyokong calon-calon mereka di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

P033 Besut

8.45 pagi: Calon BN Parlimen Besut tiba di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Besut.

P030 Parlimen Jeli

9 pagi: Menteri Perdagangan Antarabanga dan Industri yang juga calon BN Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed tiba di pekarangan Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli untuk proses penamaan calon.

N40 Dun Kota Anggerik

9.30 pagi: Calon Pakatan Harapan untuk N40 Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi (tengah) menyerahkan borang penamaan calon kepada pegawai SPR untuk disemak.

P004 Langkawi

9.30 pagi: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan pencadang BN selepas menghantar borang penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi.

P034 Setiu

8.50 pagi: Calon-calon PKR Parlimen Setiu tiba di hadapan Pejabat Daerah Setiu diiringi bacaan doa oleh calon Jabi, Abdul Aziz Abas.

P024 Parlimen Kubang Kerian

9.30 pagi: Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyerah borang pencalonan untuk kerusi Parlimen Kubang Kerian.

P17 Parlimen Padang Serai

9.48 pagi: Calon Pas, Datuk Siti Ashah Ghazali menjadi satu-satunya calon wanita di kawasan Padang Serai yang akan bertanding di Dun Merbau Pulas, menyerahkan borang penamaan calon

P061 Parlimen Padang Rengas

7.50 pagi: Hanya terdapat segelintir penyokong parti berada di sekitar Pusat Penamaan Calon berhampiran Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar.

8 pagi: Perarakan mereka diiringi laungan semangat penyokong mereka yang ada di kawasan tersebut.

8.10 pagi: Penyokong sudah mula mengambil tempat masing-masing dengan semua parti diberikan tapak khas untuk penyokong berkumpul.

8.15 pagi: Setakat jam ini, masih belum kelihatan penyokong dari Harapan.

8.28 pagi: Penyokong Pas menunaikan solat hajat di kawasan mereka berkumpul.

8.30 pagi: Penyokong Harapan mula tiba di kawasan perkumpulan penyokong bersama calon mereka.

8.45 pagi: Penyokong BN sudah mula berarak menuju Pusat Penamaan Calon sambil melaungkan sokongan buat parti itu.

9 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Rengas, Mohammad Yusoff Abustan mengumumkan Pusat Penamaan Calon dibuka.

Beliau turut meminta semua penyokong parti berada di kawasan masing-masing bagi melancarkan perjalanan proses penamaan calon.

9.02 pagi: Semua calon dan penyokong mula berarak membawa mengiringi calon masing-masing.

9.05 pagi: Berada paling hampir dengan Pusat Penamaan calon, semua calon mewakili Harapan diketuai calon Parlimen Padang Rengas, Ejazi Yahaya memasuki Pusat Penamaan Calon.

Turut bersama beliau adalah calon Lubuk Merbau, Zulkarnine Hashim dan calon Dun Chenderoh, Khairul Anuar Musa.

9.08 pagi: Calon dari BN diketuai Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz masuk ke Pusat Penamaan Calon diiringi calon Dun Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor dan calon Dun Lubuk Merbau, Datuk Dr Jurij Jalaluddin.

9.10 pagi: Calon dari Pas diketuai Mohamad Azalan Mohamad Radzi yang bertanding di Parlimen Padang Rengas mengetuai perarakan calon diiringi sorakan Takbir dari penyokong mereka.

Turut sama mengiringi beliau adalah calon Dun Lubuk Merbau, Azizi Mohamed Ridzuwan dan calon Dun Chenderoh, Mohd Farid Faizi Azizan.

9.15 pagi: Calon Harapan, Ejazi yang merupakan pesara guru paling awal menyelesaikan pendaftaran namanya sebagai calon.

9.19 pagi: Penyandang kerusi Parlimen Padang Rengas, Mohamed Nazri selesai mendaftarkan namanya.

9.30 pagi:Calon Pas untuk Parlimen Padang Rengas, Mohamad Azalan pula selesai mendaftarkan namanya sebagai calon.

9.40 pagi: Tidak kelihatan mana-mana calon Bebas mendaftarkan nama mereka untuk bertanding kerusi Parlimen atau Dun di Padang Rengas.

9.45 pagi: Kakitangan SPR sedang sibuk menyiapkan borang pendaftaran semua calon bertanding.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Rengas, Mohammad Yusoff Abustan mengumumkan pendaftaran calon ditutup.

Ia bermaksud tiada calon Bebas mendaftar untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam Parlimen Padang Rengas.

P89 Parlimen Bentong

7 pagi: Pasukan polis kini mula mengawal sekitar lokasi pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong.

8.30 pagi: Calon BN tiba di dewan berkenaan diketuai Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Pahang

8.45 pagi: Presiden Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Malaysia, N Balasubramaniam tiba.

9 pagi: calon Harapan, Wong Tack tiba.

9.10 pagi: Penamaan calon berjalan dengan lancar.

10 pagi: Urusan pendaftaran calon berakhir.

P085 Parlimen Pekan

8.35 pagi: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sampai di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor

8.40 pagi: Calon BN Berarak bersama penyokong menuju ke pusat penamaan calon yang terletak kira-kira 300 meter dari bangunan tersebut.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu diiringi empat calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, iaitu Khairuddin Mahmud (Pulau Manis), Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya), Mohd Fakhruddin Mohd Ariff (Bebar) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Keputusan pencalonan PRU14

P133 Parlimen Tampin

BN: Datuk Seri Shaziman Abu Mansor

Harapan: Dr Hasan Bahrom

Pas: Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar

Dun Gemencheh

BN: Datuk Mohd Isam Mohd Isa

Harapan: Saiful Adly Abdul Wahab

Pas: Ishak Maasin

Dun Repah

BN: Koh Kim Swee

Harapan: S Veerapan

Pas:Abdul Razakek Abdul Rahim

Dun Gemas

BN: Datuk Abd Razak Ab Said

Harapan: Baharuddin Arif Siri

Pas: Mejar (B) Abdul Halim Abu Bakar

P17 Parlimen Padang Serai

BN: Datuk Leong Yong Kong

Harapan: Karupaiyyah Mutusamy

Pas: Muhamad Sobri Osman

N33 Dun Merbau Pulas

BN: Datuk Asmadi Abu Talib

Harapan: Abd Razak Salleh

Pas: Datuk Siti Ashah Ghazali

N34 Dun Lunas

BN: KS Thuraisinggam

Harapan: Azman Nasrudin

Pas: Ahmad Taufiq Baharum

P42 Parlimen Tasek Gelugor

BN: Datuk Shabudin Yahaya

Harapan: Marzuki Yahya

Pas: Rizal Hafis Roslan

N4 Dun Permatang Berangan

BN: Norhafizah Othman

Harapan: Datuk Seri Shariff Omar

Pas:Mohd Sobri Salleh

PRM: Azman Shah Othman

N5 Dun Sungai Dua

BN: Muhammad Yusoff Mohd Noor

Harapan: Yusri Isahak

Pas: Zahadi Mohd

N6 Dun Telok Ayer Tawar

BN: Datuk Zamri Che Ros

Harapan: Mustafa Kamal Ahmad

Pas: Muhamad Hanif Haron

PRM: Lee Thian Hong

P53 Parlimen Balik Pulau

BN: Datuk Seri Hilmi Yahaya

Harapan: Muhammad Bakhtiar Wan Chik

Pas: Mohd Imran Mohd Saad

N38 Bayan Lepas

BN: Rosli Hashim

Harapan: Azrul Mahathir Aziz

Pas: Zarina Shinta Madar

N39 Pulau Betong

BN: Datuk Muhamad Farid Saad

Harapan: Mohd Tuah Ismail

Pas: Taufiq bin Hashim

PRM: Yeoh Cheng Huat

N40 Teluk Bahang

BN: Datuk Shah Headan bin Ayoob Hussain Shah (BN)

Harapan: Zolkifly Md Lazim

Pas: Mohd Ali Osman

P14 Parlimen Merbok

BN: Datuk Tajul Urus Mat Zain

Harapan: Nor Azrina Surip

Pas: Ahmad Fauzi Ramli

N25 Dun Bukit Selambau

BN: Datuk Jaspal Singh

Harapan: Dr R Shanmugam

Pas: Dr Mohd Ali Sulaiman

N26 Dun Tanjung Dawai

BN: Annuar Ahmad

Harapan: Mejar (B) Annuar Abd Hamid

Pas: Hanif Ghazali

P036 Parlimen Kuala Terengganu

BN: Datuk Wan Nawawi Wan Ismail

Pas: Ahmad Amzad Mohamed

Harapan: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (penyandang)

N13 Wakaf Mempelam

BN: Salleh Othman

Pas: Wan Sukairi Wan Abdullah

Harapan: Zubir Mohamed

N14 Bandar

BN:Toh Seng Cheng

Pas: Ahmad Shah Muhamed

Harapan: Azan Ismail (penyandang)

N15 Ladang

BN: Datuk Mohd Sabri Alwi

Pas: Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (penyandang)

Harapan: Datuk Zulkifli Mohamad

N16 Batu Buruk

BN: Zamri Awang Hitam

Pas: Muhammad Khalil Abdul Hadi

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah

P035 Kuala Nerus

BN: Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Pas: Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

Harapan: Abdullah Muhamad

N09 Tepuh

BN: Datuk Basir Ismail

Pas: Hishamuddin Abdul Karim

Harapan: Wan Hafizie Suzlie Wan Hassan

N10 Buluh Gading

BN: Che Mansor Salleh

Pas: Ridzuan Hashim

Harapan: Ir Azik Chik

N11 Seberang Takir

BN: Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman

Pas: Mohd Fazil Wahab

Harapan: Abu Bakar Abdullah

N12 Bukit Tunggal

BN: Tuan Arif Sahibu Fadilah Tuan Ahmad

Pas: Dr Alias Razak

Harapan: Fatimah Lailati Omar

P039 Dungun

BN: Datuk Din Adam

Pas: Wan Hassan Mohd Ramli

Harapan: Abd Rahman Yusof

N25 Bukit Besi

BN: Roslee Daud

Pas: Ghazali Sulaiman (PAS)

Harapan: Mohamad Arif Ariffin

N26 Rantau Abang

BN: Wan Zaulkfli Wan Gati

Pas: Alias Harun

Harapan: Mohammad Padeli Jusoh

N27 Sura

BN: Datuk Zainun Abu Bakar

Pas: Wan Hapandi Wan Nik

Harapan: Zulkifli Ali

N28 Paka

BN: Tengku Hamzah Tengku Draman

Harapan: Hasbie Muda

Pas: Saiful Bahari Mamat

P5 Parlimen Jerlun

BN: Datuk Othman Aziz

Harapan: Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Pas: Abd Ghani Ahmad

N4 Dun Ayer Hitam

BN: Datuk Abu Hassan Sarif

Harapan: Datuk A. Aziz Mohamod

Pas: Azhar Ibrahim

N3 Dun Kota Siputeh

BN: Ahmad Azhar Abdullah

Harapan: Dr Salmee Said

Pas: Mat Rejap Md Akhir

P085 Parlimen Pekan

BN: Datuk Seri Najib Tun Razak

Pas: Kapten (B) Ahiatudin Daud

Harapan: Zahid Mat Arip

Bebas: Datuk Paduka Abdul Kadir Sainuddin

P44 Parlimen Permatang Pauh

Pas: Afnan Hamimi Taib Azamudden

BN: Datuk Mohd Zaidi Mohd Said

Harapan: Nurul Izzah Anwar

N10 Dun Seberang Jaya

Pas: Ahmad Rafaei Rashid

BN: Abu Bakar Sidekh Zainul Abidin

Harapan: Afif Bahardin

N11 Dun Permatang Pasir

Pas: Muhammad Fauzi Yusoff

BN: Anuar Faisal Yahaya

Harapan: Muhammad Faiz Fadzil

N12 Dun Penanti

Pas: Fawwaz Mohamad Jan

BN: Suhaimi Sabudin

Harapan: Norlela Ariffin

P48 Bukit Bendera

BN: Andy Yong Kim Seng

Harapan:Wong Han Woi

MU: Tan Gim Theam

N22 Tanjong bungah

BN: Tan Cheng Yeow

Harapan: Zairil Khir Johari

MU: Lee Zheng Yong

PRM: Chua Cheong Wee

N23 Air Putih

BN: Teng Heap Seng

Harapan: Lim Guan Eng

MU: Tan Gim Theam

PCM: R.Manikandan

N24 Kebun Bunga

BN: Ooi Zhi Yi

Harapan:Jason Ong Khan Lee

MU: Wu Kai Min

N25 Pulau Tikus

BN: Loo Jieh Sheng

Harapan: Lee Chun Kit

MU: Wee Kean Wai

P162 Parlimen Iskandar Puteri

BN: Datuk Jason Teoh Sew Hock

Harapan: Lim Kit Siang

N48 Dun Skudai

BN: Datuk S Kanan

Harapan: Tan Hong Ping

N49 Dun Kota Iskandar

BN: Mohammad Khairi A Malik

Harapan: Dzulkefly Ahmad

Pas: Sallehuddin Mohd Dahiran

P092 Parlimen Sabak Bernam

BN: Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (penyandang)

Harapan: Datuk Warno Dogol

Pas: Muhammad Labib Abdul Jalil

Dun Sungai Air Tawar

BN: Rizam Ismail

Harapan: Mohd Hamizar Sulaiman

Pas: Zamri Yahya

Dun Sabak

BN: Sallehuddin Mohd Iskan

Harapan: Ahmad Mustain Othman

Pas: Sallehen Mukhyi

P161 Parlimen Pulai

BN: Datuk Nur Jazlan Mohamed

Harapan: Salahuddin Ayub

Pas: Dr Mohd Mazri Yahya

Bebas: Yap Keng Tak

Dun Perling

BN: Wong You Fong

Harapan: Cheo Yee How

Pas: Muhamad Nazrin Ihsan

Dun Kempas

BN: Datuk Ramlee Bohani

Harapan: Datuk Osman Sapian

Pas: Dzulkifli Suleiman

Sumber: Sinar Harian

Senarai Calon PRU14, Keputusan Terkini Pilihanraya