Siaran Langsung Gema Gegar Vaganza GGV2 2018 Astro Online

Powered by WP Review

Tonton Siaran Langsung Gema Gegar Vaganza GGV2 2018 Astro Online. Saksikan live streaming GGV2 2018 Gema Gegar Vaganza di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam setiap hari Sabtu bermula 31 Mac 2018 di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135). Gema Gegar Vaganza turut menampilkan 11 peserta antaranya adalah Farah Asyikin, Heliza & Hazwani Helmi, Fitri Haris, Awi Rafael, Ippo Hafiz, Adeep Nahar, Rabhitah, In Team, Brothers, Devotees dan Mestica. Program GGV2 2018 setiap minggu yang dihoskan oleh Siti Nordiana, Fikri Ibrahim (Lawak Solo) dan anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul akan diberi kepercayaan penuh sebagai hos.

Siaran Langsung Gema Gegar Vaganza

Siaran Langsung Gema Gegar Vaganza GGV2 2018 Astro Online

Penyanyi pop Singapura, Awi Rafael, kumpulan nasyid popular In Team dan Brothers antara peserta terpilih untuk berentap dalam program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2).

Selain Awi Rafael, In Team dan Brothers, lapan peserta lain GGV2 turut diperkenalkan dalam sidang media yang baru saja berakhir sebentar tadi.

Juri Gema Gegar Vaganza GGV2 2018

Peserta akan diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu komposer dan penerbit, Farihin Abdul Fattah dan selebriti kelahiran Indonesia, Oki Setiana Dewi.

Manakala, Siti Nordiana, pelawak Fikry Ibrahim dan anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul sebagai pengacara GGV2.

Konsert mingguan GGV2 akan dipancarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap hari Sabtu pukul 9 malam setiap hari Sabtu bermula 31 Mac 2018 di saluran Astro Oasis (106) dan Astro Maya HD (135).

Menerusi musim pertama, GGV telah menobatkan kumpulan nasyid UNIC sebagai juara manakala Hijjaz dan Mirwana masing-masing pada kedudukan kedua dan ketiga.

Senarai Peserta Gema Gegar Vaganza GGV2 2018

Berikut merupakan senarai penuh peserta GGV2 tahun ini:

1. Farah Asyikin
2. Mestica
3. Rabhitah
4. Awi Rafael
5. Brothers
6. Fitri Haris (UNIC)
7. Adeep Nahar
8. Ippo Hafiz
9. In Team
10. Heliza & Hazwani
11. Devotees

Siapakah yang bakal menjadi juara GGV2? Sama-sama kita nantikan! – Sumber

__________________________________

Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Keempat. Konsert keempat Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) telah berlangsung dengan meriah di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil malam tadi.

Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Keempat

Gema Gegar Vaganza 2: Kedudukan Peserta & Recap Komen Juri Malam Konsert Keempat

Bertemakan Gema Yang Dirindukan, 9 bintang GGV2 menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik mereka yang semestinya menggamit memori penonton.

Farah Asyikin yang menyampaikan lagu Insha-Allah menjadi bintang ketiga yang tersingkir manakala Fitri Haris yang menyampaikan lagu Di Pondok Kecil dipilih sebagai pemenang Anugerah Gema Kasih kategori rindu yang terubat atas persembahan yang memukau.

Pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh. Setiap minggu, hadiah akan disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Manakala, Fitri Haris sekali lagi diumumkan sebagai juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian peminat.

Semua peserta GGV2 memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Farihin Abdul Fattah dan dua juri jemputan Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Siaran Langsung Gema Gegar Vaganza GGV2 2018 Astro Online

Search terms: