Jadual perlawanan siaran langsung Liga Super 2018

Powered by WP Review

Jadual perlawanan siaran langsung Liga Super 2018. Berikut adalah jadual live streaming (live telecast) Liga Super 2018. Liputan siaran langsung perlawanan bolasepak Liga Super musim 2018 hanya akan disiarkan oleh TV3 dan TV9 berikutan Media Prima telah dilantik sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia (Liga M) untuk tempoh 2016-2018. Tiada siaran langsung Liga Super 2018 di RTM dan Astro.

Jadual perlawanan siaran langsung Liga Super 2018

Jadual Live Streaming Liga Super 2018

Berikut adalah jadual siaran langsung perlawanan-perlawanan Liga Super Malaysia pada 3 dan 4 Februari 2018.

Tarikh Masa Pasukan Yang Bertanding Saluran Siaran Langsung
3 Februari 2018

(Klik untuk keputusan perlawanan Liga Super)

16:45 Terengganu vs PKNS akan dikemaskini
16:45 PKNP vs Negeri Sembilan
21:00 Melaka United vs Kelantan
21:00 JDT vs Kedah (Piala Sumbangsih)
4 Februari 2018 16:45 Pahang vs Perak
21:00 Kuala Lumpur vs Selangor

jadual siaran langsung live Liga Super 2018 malam ini Johor Darul Ta'zim vs Selangor vs Pahang vs Perak vs Pulau Pinang vs Kelantan vs Sarawak vs PKNS vs Perak vs T-Team vs Melaka United dan KL Felda United FC

Jadual siaran langsung Liga Super 2018 akan dikemaskini setiap minggu dengan maklumat terkini. Sila bookmark dan share.

___________________________________________________

Tiga lagi pasukan boleh beraksi di Liga Super 2018

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bersetuju memberi lesen kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sekaligus melayakkan pasukan negeri berkenaan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Menurut laporan Bernama, perkara itu disahkan Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan, sambil berkata persatuan berkenaan telah menerima surat daripada FAM berhubung perkara berkenaan, kelmarin.

“Pemilikan lesen itu satu penantian yang besar bagi KAFA, penyokong dan rakyat Kelantan selepas The Red Warriors berjaya mengekalkan kedudukan dalam Liga Super apabila menewaskan Melaka United 3-1 dalam perlawanan terakhir saingan berkenaan Sabtu lepas,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bibi Ramjani berkata dengan pemilikan lesen tersebut, KAFA kini sedang berusaha melakukan persiapan awal bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

“Apa yang saya boleh beritahu, setakat ini kami telah melakukan pemilihan awal pemain tempatan dan import yang akan memperkuatkan skuad The Red Warriors musim depan,” katanya.

Sebelum ini, Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) dan FAM meletakan syarat mana-mana pasukan perlu mendapatkan lesen tersebut sebelum dibenarkan beraksi pada saingan Liga Super.

Bagi mendapatkan lesen berkenaan, mana-mana pasukan perlu memenuhi syarat yang ditetapkan antaranya berkaitan hutang persatuan.

Dalam saingan Liga Super musim ini, Kelantan berada pada kedudukan ke-10 selepas mengutip 22 mata hasil tujuh kemenangan, empat seri dan empat kekalahan.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dalam satu kenyataan media, hari ini berkata, selain Kelantan, permohonan dua lagi pasukan bola sepak iaitu Kedah, dan Melaka United bagi mendapatkan lesen kelab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah diluluskan.

Ini sekali gus membolehkan ketiga-tiga pasukan itu beraksi dalam saingan Liga Super 2018.

Permohonan tiga pasukan itu sebelum ini ditolak kerana gagal memenuhi kriteria ditetapkan sebelum diluluskan oleh Badan Rayuan (AB) Pelesenan Kelab FAM dalam mesyuarat yang diadakan pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, lesen yang diberikan kepada tiga kelab ini hanya merupakan lesen FAM dan tidak membabitkan lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Sementara dua lagi kelab iaitu Felda United dan Sarawak tidak diberi lesen selepas didapati masih gagal memenuhi salah satu daripada enam kriteria yang ditetapkan iaitu kewangan, meskipun telah diberikan tempoh lanjutan.

“Untuk makluman semua, FAM sebelum ini menerusi kenyataan media pada 7 September 2017 mengumumkan bahawa sebanyak tujuh daripada 12 kelab yang beraksi dalam Liga Super 2017 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Pahang, Perak, PKNS, Pulau Pinang, Selangor dan T-Team telah berjaya lulus bagi permohonan mendapatkan lesen FAM.

“Daripada tujuh pasukan yang telah mendapat lesen dari First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM sebelum ini, empat daripadanya iaitu JDT, Pahang, PKNS dan Selangor turut lulus dalam permohonan mendapatkan lesen kelab AFC bagi membolehkan mereka beraksi pada Liga Juara-Juara Asia 2018 atau Piala AFC 2018, jika layak,” kata Hamidin. – malaysiakini

Search terms: