Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41

Powered by WP Review

Contoh Soalan Exam dan Syarat Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41. Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Tahniah diucapkan kepada calon yang telah dipanggil untuk menduduki peperiksaan online PTD M41. Sejujurnya soalan PTD teramatlah susah kerana kebanyakkan soalan adalah daripada isu-isu semasa terkini dan perkembangan Malaysia. Soalan PTD Gred M41 terbahagi kepada 2 Seksyen iaitu Seksyen A (Pengetahuan Am) dan Seksyen B (Penyelesaian Masalah) wajib guna kalkulator untuk bahagian B. Peperiksaan dijalankan secara atas talian sahaja dan calon mesti jawab soalan pada masa yang diberikan.

Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir & Diplomatik PTD Gred M41

Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Gred M41

SYARAT LANTIKAN Pegawai Tadbir Diplomatik M41:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau

(ii) ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau

(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);

dan
(d) lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
(e) hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS Pegawai Tadbir Diplomatik M41:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Pengenalan Gaji Dan Skop Pekerjaan PTD Gred M41

Contoh Soalan Exam dan Syarat Lantikan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) Gred M41

 

Tips Persediaan Jawab Pegawai Tadbir & Diplomatik PDT Gred M41 

Untuk info, soalan peperiksaan online ini dijalankan secara ONLINE SAHAJA. Pastikan anda mempunyai Internet yang cukup laju dan sebuah laptop untuk menjawab peperiksaan secara online. Awas, jangan guna telefon pintar untuk jawab soalan online PTD Gred M41. Sebaiknya guna laptop atau komputer peribadi (PC). Memandangkan server peperiksaan online akan dibuka pada Jam 8.00 MALAM. Pastikan anda sudah berada depan Komputer pada seawal jam 7.45 malam.

Seksyen A: 60 Soalan ( 45 MINIT SAHAJA)

1. Sila jawab setiap soalan dalam 30 SAAT sahaja

2. Wajib tahu isu semasa dan baca buku pengajian AM. Sejarah Malaysia ada juga tapi sedikit. Soalan seperti Dasar Kerajaan juga ditanya.

Seksyen B: 40 Soalan ( 45 MINIT SAHAJA)

1. Berbentuk pengiraan dan Kemahiran Berfikir

2. Mean, Median dan Mode (pengiraan matematik) paling banyak ditanya. Sila buat persediaan dan ulang kaji semula. Banyak soalan matematik yang mudah sahaja (peringkat SPM). Tak perlu nak belajar Add Math

3. Soalan jenis IQ paling banyak ditanya. Ni merupakan killer kepada semua soalan.

4. Soalan kemahiran LOGIK dan Interpretasi data juga banyak

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41