SUV Proton Baharu 2018 – Geely Emgrand X7

Powered by WP Review

SUV Proton Baharu 2018 – Geely Emgrand X7. SUV baru Proton 2018! Pasti ramai akan tangkap leleh bila melihat model baru Proton yang dijangkakan akan dipasarkan tidak lama lagi. Kali ini, Proton akan menampilkan kenderaan kelas SUV untuk memberi saingan dalam segmen berkenaan.

SUV Proton Baharu 2018

SUV Proton Baharu 2018 – Geely Emgrand X7

Menurut beberapa sumber info, Proton yang dimiliki oleh syarikat dari China, Geely akan menggunakan model Geely Emgrand X7 sebagai model terbaru mereka. Ketika ini, pihak Proton sedang menjalankan beberapa ‘tugasan’ untuk menguji model tersebut.

Berikut adalah beberapa gambar model SUV Proton – Geely Emgrand X7 :

Geely Emgrand X7

Antara yang menarik mengenai Geely Emgrand X7, ia dipacu dengan enjin 2.4L dan transmisi 6-kelajuan (AWD). Kemasan dalaman model keluaran dari China itu juga tidak kurang hebatnya. Jika beberapa model dari China yang lain mampu dipasarkan dengan harga yang menarik di Malaysia, mungkin Proton ‘Emgrand X7’ ini juga bakal dipasarkan dengan harga yang terbaik.

Sama-sama kita nantikan SUV baru Proton 2018 ini.

Search terms: