Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling 2018 LHDN

Powered by WP Review

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling 2018 LHDN. Bagaimanapun, menurut kenyataan LHDN, lanjutan tempoh itu tidak terpakai untuk kemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara manual menggunakan borang biasa dengan tarikh akhir kekal pada 30 April bagi individu tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan atau 30 Jun bagi individu mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan.

 Borang Cukai eFilling 2018

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling 2018 LHDN

Sehingga semalam, LHDN sudah menerima sebanyak 1.7499 juta BNCP daripada pembayar cukai individu melalui kaedah e-Filing setakat jam 9 pagi.

Katanya, angka berkenaan menunjukkan peningkatan sekitar 5.52 peratus berbanding penerimaan BNCP melalui kaedah e-Filing daripada pembayar cukai individu bagi tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 1.6583 juta.

“Justeru, LHDN menyeru pembayar cukai supaya menggunakan kemudahan disediakan ini dan memastikan BNCP dikemukakan dalam tempoh yang sudah ditetapkan bagi mengelak penalti lewat hantar borang cukai dikenakan,” katanya.

Selain itu, LHDN akan membuka kaunter perkhidmatan e-Filing di semua cawangannya pada 27 hingga 29 April bagi membantu pembayar cukai individu yang tidak mempunyai kemudahan Internet untuk mengisytiharkan pendapatan dan menghantar BNCP menggunakan e-Filing.

“Bagi memudahkan urusan pembayaran cukai, kaunter bayaran cukai LHDN di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak juga akan dibuka pada 27 hingga 29 April bermula jam 9 pagi hingga 5 petang di Semenanjung manakala jam 8 pagi hingga 4 petang di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Baca Selanjutnya : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/416379/tarikh-akhir-penghantaran-cukai-e-filing-dilanjut

Tarikh Akhir Hantar Borang Cukai eFilling 2018 LHDN