Tarikh Penamaan Calon Dan Mengundi PRU14

Powered by WP Review

Tarikh Penamaan Calon Dan Mengundi PRU14. EKORAN pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa pada 7 April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 28 April ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 9 Mei ini menjadikan ia kali keempat hari pengundian dilangsungkan pada hari bekerja. Keputusan Rasmi PRU14 Terkini Kerusi Parlimen dan Kerusi DUN.

Tarikh Mengundi PRU14

Tarikh Penamaan Calon Dan Mengundi PRU14

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah, berkata proses pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei, manakala tempoh berkempen bagi PRU-14 akan berlangsung selama 11 hari bermula hari penamaan calon.

Sementara itu, tarikh tutup undi pos pada 28 April bagi kategori 21 (c).

Mohamad Hashim membuat pengumuman itu selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di ibu pejabat SPR di Putrajaya yang bermula 10 pagi tadi.

Beliau berkata, SPR melantik seramai 222 pegawai pengurus pilihan raya serta menubuhkan 445 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR).

“Seramai 259,391 petugas dilantik dalam kalangan penjawat awam bagi membantu mengendalikan proses PRU-14 yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM500 juta.

“PRU-14 ini menggunakan daftar sehingga suku keempat 2017, yang mengandungi seramai 14,940,624 pemilih berdaftar,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas SPR hari ini.

Manifesto BN PRU14 Barisan Nasional 2018

Mohamad Hashim berkata, sebanyak 8,989 premis dan bangunan digunakan sebagai pusat mengundi, yang mengandungi hampir 29,000 saluran pengundian.

Katanya, sebanyak 14 negara daripada ASEAN, ASIA dan negara Komanwel serta pusat kajian antarabangsa dijemput sebagai pemerhati proses PRU-14.

“SPR juga melantik 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan serta wakil universiti awam bagi menjalankan pemerhatian terhadap proses PRU ini.

“Justeru itu, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi atau individu yang tidak dilantik bagi tujuan itu,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu, mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat bagi memberi laluan kepada PRU14. – myMetro

Tarikh Penamaan Calon Dan Mengundi PRU14