Pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

Powered by WP Review

Pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bila?. TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa tarikh PRU-14 akan diadakan sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini. Bayangan itu diberikan Zahid ketika menyampaikan ucapan pada Program Semarak Mahabbah di Sekolah Menengah Agama Maahad Al- Islah, Sungai Manik, Teluk Intan, hari ini.

Pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata, satu perayaan besar akan diadakan sebelum Aidilfitri nanti.

Pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

“Kita ada tiga raya, raya Cina baru lepas, kita ada raya haji, sebelum raya haji kita ada raya puasa, tapi sebelum raya puasa kita ada satu lagi ‘raya besar’,” katanya.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan pengetua sekolah itu, Agus Lokman Sulam.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya mengingatkan umat Islam di negara ini supaya mengenepikan perbezaan politik sebaliknya menjadikan ajaran Islam sebagai pegangan utama demi kekuatan ummah.

Tarikh PRU 14 semakin hampir

Justeru, katanya, umat Islam harus mencari titik noktah dalam perbezaan dan pendirian politik bagi memastikan kesepaduan ummah terpelihara.

“Atas nama agama, kita harus memberikan noktah serta meletakkan titik kepada perbezaan minda, pemikiran dan sikap demi agama sekali gus menjadi acuan kekuatan ummah.

“Kesepaduan pemikiran daripada segi nurani juga akan menjadi kekuatan umat Islam dalam memartabatkan ummah,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut meluluskan peruntukan sebanyak RM680,000 bagi penambahbaikan infrastruktur di sekolah berkenaan.

Katanya, peruntukan itu membabitkan sebanyak RM280,000 untuk pemasangan pili bomba serta tangki air, RM300,000 untuk pembinaan gelanggang futsal berbumbung dan RM100,000 untuk membaikpulih dewan sedia ada. – myMetro