Telefon Pintar 2018, Samsung Malaysia Lancar Galaxy A8, A8+

Powered by WP Review

Telefon Pintar 2018, Samsung Malaysia Lancar Galaxy A8, A8+ – KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd hari ini melancarkan telefon pintar kamera dwi-hadapan – 2018 Galaxy A8 dan Galaxy A8+. Pengurus kanan Unit Teknologi Maklumat Pemasaran Produk dan Perniagaan Mudah Alihnya, Julian Thean, berkata terdapat tiga warna pilihan yang ditawarkan dengan Galaxy A8 dan A8+ masing-masing berharga RM1,799 dan RM2,499, termasuk enam peratus cukai barang dan perkhidmatan.

Telefon Pintar 2018, Samsung Malaysia Lancar Galaxy A8, A8+

Telefon Pintar 2018, Samsung Galaxy A8, A8+, Harga Samsung Galaxy A8, A8+

“Kami yakin dengan model-model itu kerana ia direka bagi memenuhi permintaan pengguna untuk pengalaman fotografi terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran telefon pintar itu di sini, Rabu.

Harga telefon pintar Samsung Galaxy A8 dan A8+

Thean berkata harga yang ditawarkan dengan A8 dan A8+ masing-masing berharga RM1,799 dan RM2,499, adalah menarik dan pada masa yang sama berbaloi bagi wang.

“Kami membawakan spesifikasi telefon pintar yang canggih kepada pengguna dengan fungsi-fungsi yang sama pada harga yang mampu milik,” katanya.

Spesifikasi telefon pintar Samsung Galaxy A8 dan A8+

Model A8 dan A8+ mempunyai fungsi kamera dwi-hadapan – 16MP+8MP F1.9 – dan pengguna boleh bertukar antara dua kamera ini untuk mengambil gambar swafoto mengikut pilihan mereka.

Menurutnya, telefon itu memiliki ciri-ciri fokus langsung yang membolehkan pengguna mudah untuk menyesuaikan dengan latar belakang kabur (kesan ‘bokeh’) sebelum atau selepas mengambil gambar untuk mewujudkan imej berkualiti tinggi.

“Dari siang hingga malam, kamera depan dan belakang akan memastikan pengguna merakam imej yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah dengan apertur F1.9 dan F1.7,” katanya.

Telefon itu mempunyai fungsi kalis habuk dan air IP68, bingkai logam dan kaca melengkung di bahagian belakang dan ini akan memastikan ia mampu bertahan dengan elemen termasuk peluh, hujan, pasir dan habuk, katanya.

Selain itu, Thean berkata, dengan teknologi penstabilan imej digital video, pengguna tidak lagi akan mengalami masalah rakaman video goyang dan dengan ciri tambahan ‘hyperlapse’, mereka boleh menghasilkan video masa-berlalu. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih