Tonton Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari Online

Powered by WP Review

Tonton Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari Online. Peminat online Neelofa dan Zul Ariffin boleh menarik nafas lega apabila impian mereka untuk melihat kedua-dua bintang popular ini bergandingan dalam drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari bakal menjadi kenyataan. Neelofa dan Zul Ariffin  bakal bergandingan dalam drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari untuk saluran Astro sempena Hari Raya Aidilfitri 2018 nanti. Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari yang bakal diterbitkan dalam 5 episod ini pastinya dinanti-nantikan ramai peminat Neelofa & Zul Ariffin.

Tonton Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari Online

Tonton Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari Online

Sebelum ini, peminat kedua-dua bintang ini sering berharap agar Neelofa dan Zul Ariffin akan bergandingan sebagai pasangan dalam drama. Kedua-dua mereka sama cantik dan sama-sama popular. Gandingan mereka berdua pasti ditunggu-tunggu peminat dan bakal mencetus fenomena baru #zulofa dalam industri drama melayu 2018.

Sinopsis Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari

Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar (lakonan Zul Ariffin) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa (lakonan Neelofa) dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

Saksikan kesudahan Tonton Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari Online.

Search terms: