Ucapan Selamat Hari Guru 2018, Definisi Dan Huraian Tema Hari Guru

Powered by WP Review

Ucapan Selamat Hari Guru 2018, Definisi Dan Huraian Tema Hari Guru. Kami memberikan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Tidak kiralah anda guru dalam bidang apa sekalipun, anda tetap juga seorang guru. Tema Hari Guru Tahun 2018, dalam sepanjang kehidupan kita, kita belajar dari ramai orang tidak kiralah secara formal atau tidak formal. Dan guru pertama kita sudah semestinya adalah kedua ibu-bapa kita di mana mereka berdualah yang banyak mengajar kita bagaimana mahu menjalani hidup di dunia dan di akhirat. Secara tidak langsung sebenarnya, takrifan gu.ru bukanlah hanya semata-mata kepada guru sekolah sahaja.

Ucapan Selamat Hari Guru 2018

Ucapan Selamat Hari Guru 2018, Definisi Dan Huraian Tema Hari Guru

Ianya boleh diperjelaskan ke makrifat makna yang lebih besar. Dariapada siapa kita belajar, itulah guru kita. Dan kami, sangat menghargai segala pengorbanan guru-guru yang selama ini tidak pernah kenal erti jemu dalam mendidik setiap anak muridnya agar menjadi orang yang berguna kelak.

Sampai sekarang dan bila-bila pun kita akan belajar. Di rumah, di surau, di kedai kopi malah belajar di internet juga. Tema sambutan tahun ini ialah Guru Penjana Tranformasi Negara. Selamat Hari Guru 2018 untuk semua!

Definisi Dan Huraian Tema Hari Guru 2018

 

Definisi Dan Huraian Tema Hari Guru Tahun 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Definisi : Guru: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid. Pemacu: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran.

Transformasi: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku, pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Pendidikan: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang.

Huraian :

  • Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan.
  • Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global.
  • Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.

Ucapan Selamat Hari Guru 2018, Definisi Dan Huraian Tema Hari Guru

Search terms: