loading...

Cara Permohonan UPU 2018 UPU Online

Semakan Permohonan UPU 2018 UPU secara Online – Makluman awal bagi lepasan SPM / STPM / Setaraf yang ingin memohon untuk permohonan UPU 2018. Seperti sedia maklum, lepasan SPM perlulah memohon ke UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Kolej Komuniti sesi akademik 2018 / 2019 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) akan dibuka bermula pada tarikh 5 Februari 2018 hingga 10 April 2018.

Cara Permohonan UPU 2018 UPU Online

Sebagai makluman, untuk membuat permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online, setiap pemohon wajib membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.

Tarikh rasmi permohonan dibuka : 5 Febuari 2018 jam 12 tengahari

Cara Memohon ke UA/IPTA/ILKA Menerusi UPU

Permohonan Universiti Awam, IPTA (Politeknik dan Kolej Komuniti) & ILKA hanya boleh di buat secara atas talian melalui UPUOnline. Berikut adalah cara memohon kemasukan ke UA, Politeknik Premier/Konvensional/METrO, Kolej Komuniti serta ILKA.

  1. Beli nombor Unik ID (nombor Pin UPU) di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). Sekiranya pemohon / ibubapa memiliki akau Giro BSN, pembelian boleh juga dilakukan di mesin ATM dan perbankan internet.Tarikh mula jualan nombor pin Unik ID UPU bermula pada 5 Februari 2018 sehingga 9 April 2018.Harga nombor Unik ID ialah RM15.60 bagi kedua-dua kategori permohonan (lepasan SPM/Setaraf dan lepasan STPM/Setaraf).
  2. Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar (UPUOnline) di portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi:http://upu.mohe.gov.my/web/Sekiranya anda belum mendaftar, sila lakukan Daftar Kali Pertama terlebih dahulu. Pendaftaran UPUOnline boleh dibuat tanpa nombor Unik ID.Bagi yang telah mendaftar, sila login dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah anda daftarkan untuk mengakses borang permohonan online.
  3. Setiap siap mengisi dan menghantar borang permohonan UPUOnline, sila cetak slip permohonan dan simpan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Kategori Permohonan UPU 2018

1) Lepasan STPM / Setaraf ( Ijazah Sarjana Muda )

  • STPM 2017-11-30 Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2017 / 2018
  • STAM 2016 & 2017
  • Diploma / Setaraf – Diploma UA/ Politeknik , DKM / DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain diploma. Kelayakan Setaraf Seperti A Lavel/ IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi , STAM ( Bukan tahun semasa )

2) Lepasan SPM/ Setaraf ( Asasi , Diploma& Sijil di UA, Politeknik , Kolej Komuniti & ILKA )

  • SPM 2017
  • SPM 2016
  • SPM 2015

Syarat Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah :

Semoga Panduan ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian anda yang disebutkan di atas. – www.infopelajar2u.com

admin :