Video Omar & Hana Kami Suka Kucing ke Luar Negara

Powered by WP Review

Video Omar & Hana Kami Suka Kucing ke Luar Negara. PUTRAJAYA – Animasi kartun Islamik terkenal, Omar & Hana bakal memasuki pasaran luar negara termasuk Indonesia dan Timur Tengah selepas lebih setahun memonopoli penerbitan siri kanak-kanak Islamik. Penerbit Digital Durian iaitu syarikat produksi yang menghasilkan Omar & Hana, Fadilah Abd Rahman berkata, siri kartun tersebut akan memasuki siaran Indonesia pada bulan Ramadan ini diikuti di negara Arab susulan mendapat permintaan tinggi di kedua-dua negara berkenaan.

Video Omar & Hana

Video Omar & Hana Kami Suka Kucing ke Luar Negara

“Berdasarkan kajian yang pihak kami lalukan di seantero dunia, negara-negara Islam sememangnya ketandusan rancangan kanak-kanak Islamik yang mempamerkan nilai Islam dalam penceritaan.

“Justeru kami telah bersedia untuk membawakan Omar & Hana untuk ditonton menerusi televisyen satelit bukan sahaja di negara sejagat, bahkan di Timur Tengah dalam tahun ini dan juga Eropah tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Pelancaran Barangan Omar & Hana di Alamanda, hari ini.

Sementara itu, Omar & Hana berkolaborasi dengan beberapa jenama popular seperti Siti Khadijah dan Naelofar Hijab dalam menghasilkan produk kanak-kanak termasuk tudung dan telekung.

Kolaborasi strategik itu sejajar dengan hala tuju animasi berkenaan untuk mendidik kanak-kanak tentang nilai-nilai Islam menerusi kandungannya.

“Seiring dengan peningkatan populariti Omar & Hana, kami berpeluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak menghasilkan produk kanak-kanak yang berkualiti dan sesuai dengan imej Omar dan Hana yang Islamik,” katanya.

Selain Naelofar Hijab dan Siti Khadijah, turut sama berkolaborasi ialah Kumpulan Media Karangkraf yang menerbitkan buku dan poster animasi comel kegemaran kanak-kanak serta minuman berkhasiat Qaseh Gold Junior oleh Ana Edar.

Selain itu, DVD Omar & Hana diterbitkan oleh Inteam Records, kad imbas bacaan untuk kanak-kanak oleh My Baby Can Read, baju renang kanak-kanak oleh Pearl Sport dan alat permainan, alat tulis dan beg kanak-kanak oleh Toy World.

Ustaz Don Daniyal pula dilantik sebagai penasihat agama siri kartun yang sarat dengan nilai agama dan menjadi fenomena besar ini, selain siri Didi & Friends yang juga diterbitan oleh syarikat produksi sama. – Sinar Harian

Video Omar & Hana Kami Suka Kucing ke Luar Negara